articulation index | indeks sebutan | Sains Kesihatan | Tiada | Indeks yang menunjukkan kebolehan individu memahami pertuturan dalam suasana bising. |
chromatogram | kromatogram | Kimia | Kimia Analisis | Sebutan umum yang digunakan kepada rakaman kromatografi sesuatu pemisahan. Contohnya rakaman bintik yang berasingan di atas plat lapisan nipis atau kertas kromatografi. |
intonation | intonasi | Kesusasteraan | Tiada | Cara sebutan dengan menitikberatkan tekanan. |
recovery ratio | nisbah pemulih | Kimia | Kimia Analisis | Sebutan ralat (Q) dalam proses pemisahan yang bergantung kepada dua faktor iaitu kelengkapan pemulihan analit (x) dan darjah pemisahan juzuk yang tidak diingini daripada sampel asal (Xo). Pemulihan yang terbaik ialah pada Q = 1. |
complete expectation of life | jangkaan hayat lengkap | insurans | Tiada | Purata hayat masa hadapan dalam sebutan bilangan tahun yang mengambil kira tempoh tahun pecahan. |
idiolect | idiolek | Kesusasteraan | Tiada | Variasi bahasa yang digunakan oleh seseorang individu. Aspek bahasa yang digunakan adalah dari segi perbendaharaan, gaya, sebutan, nahu dan sebagainya. Bahasa yang digunakan berbeza antara satu sama lain. Sama seperti penggunaan cap jari yang membolehkan seseorang dikenal pasti, idiolek dikatakan sebagai �cap suara� yang menyerlahkan keunikan seseorang. Idiolek berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �gabungan antara peribadi dengan bercakap�. |
shi�r | shi�r | Kesusasteraan | Tiada | Suatu ungkapan kata-kata yang sengaja diberikan wazan. Wazan ialah pembentukan perkataan berdasarkan bilangan, huruf dan sebutan serta mempunyai qafiah, iaitu huruf akhir dalam bait. Ungkapan kata-kata yang mempunyai wazan dan qafiah mempunyai unsur imaginasi atau khayalan yang indah serta melukiskan peristiwa yang ada. Unsur asasi dalam sesebuah shi�r Arab ialah perkataan, bahasa, wazan, qafiah, qasad dan khayalan. Antara penulis shi�r yang terkenal ialah Hassan ibn Thabit. Shi�r dalam bahasa Arab bermaksud �puisi�. Lihat juga syair. |
cadence | alun | Kesusasteraan | Puisi | Irama ataupun rentak yang merupakan suatu gerak yang timbul sewaktu membaca atau melagukan sesebuah puisi. Gerak ini terjadi kesan daripada pengulangan sebutan sesuatu bunyi yang berturutan ataupun kemunculannya disebabkan tersekatnya arus pergerakan suara semasa mengujarkan sesuatu perkataan. |
sedative | penenang/sedatif | Herba | Tiada | Herba yang memperlahankan fungsi tubuh. Penenang bertindak pada sistem saraf pusat yang memberikan kesan tenang, santai, mengurangkan kegelisahan, mengantuk, pernafasan perlahan, sebutan tidak jelas, terhuyung-hayang, lemah fikiran dan refleks tidak menentu. Pada dos tinggi, sedatif boleh menyebabkan ketidaksedaran dan kematian. Contoh herba ini ialah lengkuas, kecubung, cabai pintal, komkoma dan bidara/pedara. |
reagent purity | ketulenan reagen | Kimia | Kimia Analisis | Pengelasan reagen berdasarkan ketulenannya. Reagen yang dilabel teknikal atau komersial biasanya tidak tulen. Gred ‘USP’ menandakan hanya reagen tersebut mematuhi keperluan United States Pharmacopoeia. Sebutan ‘CP’ menandakan reagen ini lebih tulen daripada reagen teknikal. Reagen yang ditanda ‘gred reagen’ atau ‘reagen teranalisis’ merupakan bahan-bahan tulen yang telah dianalisis untuk menentukan tahap ketulenannya. Sekumpulan reagen yang sangat tulen dinamakan reagen piawai primer. Reagen ini digunakan untuk menentukan kepekatan larutan dalam analisis volumetri atau tujuan lain yang ketulenan reagen itu penting. |