underinsurance | insurans terkurang | insurans | Tiada | Keadaan amaun insurans tidak dibeli dengan secukupnya untuk melindungi nilai boleh insurans. |
anemia | anaemia | Makanan dan Pemakanan | Tiada | Keadaan yang berlaku disebabkan kekurangan sel darah merah dalam darah atau kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan. Akibatnya, tisu akan kekurangan oksigen dan badan menjadi sangat lemah. |
liquid ion exchanger | penukar ion cecair | Kimia | Kimia Analisis | Sebatian berantai panjang yang mempunyai cas untuk persekutuan ion bagi mendapatkan spesies neutral dalam pengekstrakan. Sebagai contoh tribenzilamina (C6H3CH2)3N dapat mengekstrak zink dalam keadaan asid yang secukupnya sebagai spesies [(C6H5CH2)3NH2]2+ [ZnCI4]2- |
activity of daily living | aktiviti hidup harian | Kejururawatan | Tiada | Aktiviti normal yang dilakukan dalam kehidupan harian seseorang individu yang sihat. Menurut Virginia Henderson, aktiviti tersebut terbahagi kepada 14 seperti yang berikut, iaitu: (a) bernafas secara normal (b) makan dan minum secukupnya (c) perkumuhan secara normal (d) bergerak bebas dan mengekalkan postur yang betul (e) tidur dan rehat (f) berpakaian yang sesuai (g) pengekalan suhu badan normal (h) kebersihan dan keterampilan diri, dan melindungi kulit (i) mengekalkan keselamatan diri (j) berkomunikasi dan meluahkan emosi (k) mengamalkan kepercayaan agama (l) kepuasan diri (m) mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi (n) belajar dan sifat ingin tahu untuk memenuhi kepuasan perkembangan, dan kesihatan |