Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dia.an] | سدياءن

Definisi : sesuatu yg telah disediakan (ada), cadangan; buku ~ mengajar buku yg mengandungi butir-butir pelajaran yg akan diajarkan kpd murid sehari-hari (disediakan oleh guru); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dia.an] | سدياءن

Definisi : bahan atau sesuatu yg disediakan khas, terutamanya ubat atau makanan: Wanita hamil tidak digalakkan menggunakan sebarang ~ nikotin kerana boleh memberikan kesan pd janin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sediaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
buccal formulationsediaan bukalPerubatanFarmakologi

Sediaan ubat yang digunakan di bahagian mukosa oral lateral iaitu bahagian dalam pipi untuk merawat lesi setempat seperti ulser mulut. Contoh ubat sediaan bukal ialah krim Bonjela.

combination formulationsediaan kombinasiPerubatanTiadaSediaan ubat yang mengandungi dua atau lebih ubat dalam nisbah dos tertentu. Antara tujuan penggabungan ubat tersebut adalah untuk melahirkan kesan sinergistik, mengurangkan kesan sampingan ubat gabungan atau memperluas kesan terapeutik. Contoh sediaan kombinasi ialah Panadein yang merupakan gabungan Paracetamol dan Codeine.
drug formulationsediaan ubatPerubatanTiadaBentuk akhir penyediaan sesuatu ubat untuk kegunaan pesakit seperti cecair suntikan, tablet, kapsul, sirap, salap dan krim. Sediaan ini mengandungi bahan aktif ubat berserta bahan lain untuk menstabilkan, memberi bentuk, menambahbaik perisa serta rupa ubat. Bentuk sediaan terakhir ini bergantung kepada sifat kimia dan kegunaannya.
fluoride preparationssediaan fluoridaPergigianTiadaCampuran bahan kimia yang mempunyai ion fluorida yang digunakan dalam rawatan fluorida topikal. Campuran bahan ini boleh dimasukkan ke dalam ceper khas dan diletakkan pada permukaan gigi. Sediaan ini juga boleh disapu pada permukaan gigi dengan menggunakan pelet kapas. Sediaan fluorida terdapat dalam pelbagai perisa untuk mengurangkan rasa pahit. Ion fluorida akan diserap oleh gigi untuk memperkuat struktur gigi supaya lebih tahan terhadap tindakan asid dan mengurangkan kejadian karies.
pelletpeletPerubatanTiadaSediaan hormon steroid yang mungkin berbentuk pil atau granul. Sediaan ini ditempelkan di bawah kulit supaya dapat diserap secara perlahan-lahan
suspensionampaianFarmasiTiadaSediaan drug tak larut halus yang tersebar dalam suatu medium cecair. Sediaan ini digunakan untuk menyediakan drug tak larut dalam bentuk dos cecair
herb preparationsediaan herbaHerbaFitokimiaDrug herba yang telah melalui proses pengekstrakan, penyulingan, pemeringkatan, pemerahan, penulenan, pemekatan atau penapaian. Sediaan herba merangkumi serbuk herba, tinktur, ekstrak, minyak pati, perahan jus dan rembesan yang diproses.
aerosolaerosolPerubatanTiadaSediaan ubat di dalam satu sistem bertekanan tinggi yang menghasilkan partikel halus berbentuk gas. Sediaan ini digunakan untuk menyebarkan disinfektan pensterilan udara, atau untuk rawatan inhalasi seperti dalam penyakit asma. Contoh ubat yang tersedia dalam bentuk aerosol ialah Salbutamol dan Beclomethasone.
alcoholalkoholPerubatanTiada1. Sediaan rasmi BP (1973) yang mengandungi 95% etanol dan 5% air mengikut isi padu. Sediaan ini digunakan sebagai agen antiinfeksi setempat dan pelarut. 2. Satu siri sebatian hidrokarbon yang mempunyai satu atau lebih kumpulan hidroksil.
antiveninantiveninFarmasiFarmakologiSediaan biologi yang digunakan untuk meneutralkan venom akibat gigitan haiwan berbisa seperti ular dan labah-labah. Sediaan ini mengandungi ampaian antibodi yang biasanya dihasilkan dengan menyuntikkan venom tersebut dalam kuantiti yang kecil pada haiwan seperti kuda, kambing atau amah. Sinonim antivenom.
12345678910...

Kembali ke atas