Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak besar jumlahnya; tidak banyak: Banyak bekerja ~ bercakap. Wang simpanannya sudah tinggal ~ saja lagi. ~ banyak sedikit atau banyak (utk me­nyatakan jumlah yg tidak tentu ba­nyaknya); lebih kurang. sedikit-sedikit 1 tiap-tiap kali sedikit; sedi­kit demi sedikit: ~, lama-lama men­jadi bukit. 2 walaupun sedikit. menyedikitkan membuat menjadi se­dikit; mengurangkan supaya sedikit; mengecilkan: ~ belanja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar dll): Beri saya nasi ~. Kuih itu manis ~. ~ banyak lebih kurang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedikit

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.


Lihat selanjutnya...(81)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(106)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
retail travel agentejen pelancongan runcitPelanconganTiadaWakil agensi pelancongan yang menjual produk dan perkhidmatan secara sedikit-sedikit kepada pelanggan.
biopsybiopsiKejururawatanTiadaPengambilan sedikit tisu hidup daripada organ atau sebahagian tubuh untuk pemeriksaan makmal.
cold comfortketenangan sementaraUmumTiadaSedikit keselesaan yang diberikan kepada seseorang yang sedang dalam kesedihan namun hanya bersifat sementara.
preloadingprapembebananKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMelaras sedikit tekanan pada galas antigeseran untuk menghapuskan sebarang kelonggaran.
poverty of speechkurang pertuturanPerubatanPsikiatriPercakapan yang sedikit kerana tidak berminat untuk menjawab pertanyaan atau disebabkan fikiran yang terganggu.
poverty of speechkurang pertuturanPerubatanPsikiatriPercakapan yang sedikit kerana tidak berminat untuk menjawab pertanyaan atau disebabkan fikiran yang terganggu.
dark chocolatecoklat gelapPentadbiran PerniagaanTiadaCoklat yang sedikit pahit dan berwarna perang pekat tanpa susu.
embeddabilityboleh benamKejuruteraan AutomotifEnjinKemampuan sebuah galas membenarkan sedikit kotoran termendap di bawahnya bagi mengelakkan sebarang calaran pada aci engkol supaya jangka hayat galas lebih lama dan mengurangkan kos penyelenggaraan enjin.
passive incomependapatan pasifEkonomiTiadaPendapatan yang diperoleh dengan sedikit usaha atau tanpa perlu terlibat secara aktif dalam sesuatu aktiviti ekonomi.
missing linkpenghubung gelibatUmumTiadaSesuatu yang diperlukan, iaitu seperti sedikit maklumat untuk seseorang dapat memahami suatu masalah atau untuk menjadikan sesuatu perkara menjadi lengkap.
123456

Kembali ke atas