sagiashi dachi | duduk kaki bangau | Sukan | Tiada | Berdiri dengan satu kaki, lutut dibengkok sedikit. Kaki yang satu lagi dicangkuk/di sisi lutut kaki dirian. |
crouch start | mula gaya dekam | Sukan | Tiada | Permulaan dengan badan membongkok, kaki berada di depan yang satu lagi di hujung blok permulaan atau geladak, lutut dibengkokkan sedikit, tangan terkulai, kepala tunduk dan bersedia untuk terjun. |
tie breaker in jump events | seri acara lompat | Sukan | Tiada | Perihal jika berlakunya seri, atlet yang mempunyai percubaan yang terkurang di peringkat seri diisytiharkan sebagai pemenang; sekiranya seri lagi, peserta yang mempunyai jumlah kegagalan yang paling sedikit dalam pertandingan tersebut termasuk ketinggian terakhir, diisytiharkan sebagai pemenang; jika melibatkan kedudukan pertama, peserta diberi sekali lagi percubaan pada ketinggian yang sama atau direndahkan sehingga salah seorang gagal dalam pertandingan tersebut. Seri pada tempat kedua dan ketiga tidak berubah. |
loose coupling | gandingan longgar | Kejuruteraan | Tiada | 1. Darjah gandingan pada sistem salunan, yang jauh kurang daripada gandingan genting.,2. Gandingan di antara dua litar yang amat sedikit kuasa dipindahkan di antara litar-litar itu, dan perubahan galangan pada satu litar mempunyai kesan yang amat sedikit pada litar yang satu lagi. |
orbital decay | susutan orbit | Aeroangkasa | Tiada | Pengurangan kesipian orbit elips sesuatu satelit buatan, kerana apogi setiap peredarannya akan menjadi terhampir sedikit dengan bumi hingga elips menjadi satu bulatan, dan seterusnya menyusut lagi hingga membentuk laluan berpilin yang menghantar satelit ke dalam lapisan atmosfera yang lebih tumpat geserannya menjana haba akan memeluwapkannya. |
orbital decay | susutan orbit | Matematik | Tiada | Pengurangan kesipian orbit elips sesuatu satelit buatan, kerana apogi setiap peredarannya akan menjadi terhampir sedikit dengan bumi hingga elips menjadi satu bulatan, dan seterusnya menyusut lagi hingga membentuk laluan berpilin yang menghantar satelit ke dalam lapisan atmosfera yang lebih tumpat geserannya menjana haba akan memeluwapkannya. |
tide-producing force | daya penghasil pasang surut | Sains | Hidrometeorologi | Perbezaan tempatan yang sedikit antara tarikan graviti dua jasad astronomi dan daya emparan yang memisahkan jasad tersebut. Daya ini tepat sama dan bertentangan pada pusat graviti salah satu jasad, tetapi, oleh sebab tarikan graviti berkadaran songsang dengan ganda dua jarak, ia berubah dari titik ke titik di permukaan jasad. Oleh sebab, tarikan draviti ketara terdapat di permukaan titik paling hampir dengan jasad yang satu lagi, sementara penolakan emparan ketara di permukaan titik terdapat paling jauh dari jasa yang satu lagi. Dengan itu terdapat dua kawasan yang daya penghasil pasang surutnya adalah maksimum, dan biasanya terdapat dua pasang surut setiap hari qamari dan hari suria. |
introgression | introgresi | Herba | Botani dan Bioteknologi | Kemasukan gen dari satu spesies ke dalam spesies yang lain melalui pengacukan balik. Proses ini menghasilkan populasi yang ciri individu-individunya menyerupai banyak ciri satu induk dan mengandungi sedikit ciri induk yang satu lagi. |
food additive | bahan tambahan makanan | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Bahan kimia yang ditambahkan dalam jumlah yang sedikit ke dalam makanan dengan sengaja untuk meningkatkan kualiti makanan dari segi tekstur, warna, perisa, rasa, rupa bentuk, keseragaman atau sebagai pengawet semasa pemprosesan. Aditif makanan menjadi sebahagian daripada makanan tersebut. Bahan ini juga ditambahkan sebagai pengemulsi, pemekat, pemanis, penambah perisa dan lain-lain lagi. Antara contoh aditif makanan ialah lesitin, gam arabik, aspartam, benzoat dan monosodium glutamat. |
introversion | introversi | Psikologi | Psikologi Umum | Kecenderungan atau sikap individu yang mempunyai siaf-sifat tertentu seperti pemalu, memencilkan diri, tidak suka berpelesiran dan menyelesaikan masalah tanpa bantuan orang lain. Menurut Jung, manusia berada pada dua sifat yang ekstrem, iaitu introvert atau ekstrovert. Eyesenck kemudiannya mengembangkan lagi sikap ini dengan menjelaskan bahawa individu yang introversi berpunca daripada kepekaan individu tersebut terhadap rangsangan. Individu introvert dikatakan mempunyai tahap bangkitan yang terlalu tinggi sehingga sedikit acahan sahaja boleh membuatkan individu tersebut memberi respons dengan cepat. Oleh itu, individu ini perlu mengawal diri dengan bersifat introversi supaya tidak selalu diganggu dengan rangsangan yang tidak perlu. |