Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dut] | سدوت

Definisi : ; menyedut 1. menarik masuk (ke dlm) dgn kekuatan udara (dgn mulut, hidung, dll), menghirup, menghisap: dia mengesat-ngesat air matanya dan ~ air yg keluar dr hidung-nya; dia ~ rokoknya; 2. ki memetik, mengambil, mendapatkan (dgn keras), me-meras: di bawah ini kita sedut sebahagian besar drpd surat-surat itu; mereka ~ wang drpd orang ramai; tersedut terhisap (dgn kekuatan udara) masuk kerana disedut: maka darah itu dgn serta-merta ~ masuk ke dlm tiga pembuluh besar; sedutan 1. yg telah disedut, hasil menyedut: ~ pertamanya pd rokok itu panjang sekali; 2. sebahagian kecil drpd sesuatu filem, tulisan, ceramah, wawancara dsb yg dipetik dan disiarkan secara berasingan, cabutan, petikan: sekarang ikutilah ~ wawancara tersebut; tayangan ~ filem yg berkenaan menjadi sebahagian drpd atur cara majlis; penyedutan perbuatan menyedut (meng-hisap dll), penghisapan; penyedut sesuatu (alat dll) yg menyedut; ~ air batu pembuluh utk menyedut air batu, straw; berpenyedut mempunyai penyedut: gelas ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dut] | سدوت

Definisi : ; menyedut menarik minuman (bau dll) masuk ke dlm mulut (hidung dll) dgn kekuatan udara: Kita hendaklah sentiasa ~ udara yg bersih. sedutan hal atau hasil drpd menyedut: ~nya kuat sekali. penyedutan perbuatan atau hal menyedut. penyedut alat utk menyedut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedut
Kata Terbitan : menyedut, penyedut, penyedutan, tersedut, sedutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spacerperuangSains KesihatanTiadaAlat tambahan yang digunakan bersama-sama dengan alat sedut untuk membebaskan dos sedut dengan lebih berkesan.
metered-dose inhaler (MDI)alat sedut dos bermeterSains KesihatanTiadaAlat sedut yang dapat membebaskan sukatan dos dengan tepat.
inhaler canisterkanister ubat sedutSains KesihatanTiadaBekas logam berbentuk silinder yang digunakan untuk menyimpan perumusan ubat sedut.
nebulizernebulizerSains KesihatanTiadaAlat sedut yang memproses larutan dadah kepada bentuk aerosol dan dihantar keluar melalui mekanisme pam.
pharmaceuticsfarmaseutikHerbaTiadaIlmu dalam bidang sains farmasi yang merupakan cabang sains perubatan yang berkaitan dengan penyediaan, formulasi dan bentuk produk farmasi. Ilmu ini merangkumi sains dan teknologi pembuatan bentuk dos seperti tablet, kapsul, pil, ampaian, emulsi, salap, krim, suntikan, ubat sedut dan ubat tampal. Bidang farmaseutik menyelesaikan masalah dalam penyediaan dan pemberian bahan ubat untuk kemudahan dan keselesaan pengguna. Melalui farmaseutik, ubat yang pahit diformulasi ke dalam bentuk sediaan yang boleh diterima.

Kembali ke atas