Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Mat) rajah satah yg mempunyai empat sudut; ~ sama segi empat yg setiap sisinya sama panjang dan setiap sudutnya 90°; ~ selari segi empat yg tiap-tiap sepasang sisinya yg ber-tentangan adalah selari; ~ tepat segi empat yg mempunyai dua pasang sisi bertentangan yg sama panjang dan setiap sudutnya 90°. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rajah yg mempunyai empat sempadan. ~ bujur segi empat yg mem­punyai sempadan bersebelahan yg tidak sama dan bersudut tepat. ~ sama segi empat yg mempunyai empat sem­padan yg sama dan bersudut tepat. ~ selari segi empat yg mempunyai sempadan bertentangan yg selari. ~ tepat segi empat yg mempunyai empat sudut tepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring, birai,

2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,

3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjang,

Kata Terbitan : bersegi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shearing machinemesin ricih segi empatKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat pemotong hidraulik yang memotong kepingan logam menjadi bentuk segi empat.
square wellperigi segi empat samaFizikNanoteknologiNanostruktur satu dimensi bahan yang difabrikasi supaya memberikan kesan kuantum yang sama seperti elektron terkurung dalam perigi keupayaan berbentuk segi empat sama. Struktur ini berbentuk filem tipis berketebalan sama atau kurang daripada 100 nm. Contohnya, filem tipis galium arsenida yang dimendapkan di atas satu substrat.
pixelpikselFizikNanoteknologiUnsur terkecil dalam imej berdigit suatu sistem paparan elektronik. Piksel biasanya disusun dalam grid berdimensi-2 dalam bentuk bintik, segi empat sama atau segi empat tepat. Kedudukan piksel adalah terlalu rapat sehingga kelihatan seperti bersambung. Keamatan setiap piksel adalah berbeza. Dalam sistem berwarna, setiap piksel mempunyai tiga atau empat komponen cahaya, seperti merah, hijau dan biru, atau sian, magenta, kuning, dan hitam. Setiap piksel diwakili oleh beberapa bilangan bit yang menentukan kualiti imej dan warna yang dipaparkan oleh suatu sistem paparan elektronik.
baypetakPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaRuang segi empat.
abacusabakusKesenianHiasan DalamanKepingan batu leper berbentuk segi empat, serong dan berkumai yang diletakkan di bahagian kepala tiang, berfungsi sebagai pelapik untuk menyokong beban di atasnya. Abakus atau penutup tiang ini diperlukan kerana tiang dalam seni bina klasik bersifat lompong. Lihat juga tiang.
carpet tilesjubin karpetKesenianHiasan DalamanKepingan karpet berbentuk segi empat berukuran kecil seperti jubin yang dilekatkan pada permukaan lantai secara kepingan 12 x 12 (300 mm x 300 mm) hingga 24 x 24(600 mm x 600 mm). Jubin karpet menjadi semakin digemari kerana reka bentuk tekstur permukaan dan warnanya memudahkan corak dibentuk. Antara kelebihan menggunakan jubin karpet dalah mudah diselenggara.
pilasterpilasterKesenianHiasan DalamanBahagian tiang separuh bulat atau segi empat yang terunjur keluar daripada permukaan dinding. Tiang ini mempunyai kepala dan berdiri di atas tapak. Pilaster turut digunakan sebagai motif hiasan dalam kerja-kerja pembuatan perabot.
marine gabiongabion marinSains MarinTiadaSangkar dawai yang berbentuk segi empat atau silinder yang dipenuhi dengan batu konkrit atau pasir bagi menghalang hakisan. Bentuk binaan ini sangat kukuh berbanding dengan binaan daripada konkrit konvensional kerana sukar dihanyutkan oleh arus yang kuat.
tilesjubinKesenianHiasan DalamanKepingan tanah liat bakar yang biasanya berbentuk segi empat untuk menutupi lantai, dinding, dan sebagainya.
parking baypetak letak kenderaanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaRuang berbentuk segi empat yang digunakan untuk meletak kenderaan.
123

Kembali ke atas