Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Mat) rajah yg mempunyai tiga sempadan (sisi) atau tiga sudut; ~ cakah segi tiga yg satu drpd sudutnya sudut cakah (melebihi 90° bukanya); ~ dua sama segi tiga yg dua sempadannya sama panjang; ~ sama segi tiga yg ketiga-tiga sempadannya sama panjang; ~ sebentuk (beberapa) segi tiga yg sama bentuk dan buka sudutnya tetapi tidak sama sempadannya; ~ serba sama (beberapa) segi tiga yg sama besar sempadan dan sudut-nya; ~ tak sama segi tiga yg mempunyai satu sudut tepat (90°); ~ tirus segi tiga yg semua sudutnya sudut tirus (kurang drpd 90°). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rajah yg mempunyai tiga sem­padan dan tiga sudut yg berjumlah 180o. ~ bersudut cakah segi tiga yg salah satu sudutnya melebihi 90o. ~ bersudut tirus segi tiga yg setiap sudutnya ber­nilai kurang drpd 90o tetapi jumlah keseluruhannya ialah 180o. ~ dua sama segi tiga yg mempunyai dua sempadan yg sama panjang. ~ sama segi tiga yg ketiga-tiga sempadannya sama panjang. ~ serba sama dua segi tiga atau lebih yg sama ukuran sempadan dan sudutnya. ~ tak sama segi tiga yg ketiga-tiga sempadannya tidak sama panjang. ~ tepat segi tiga yg mempunyai satu sudut tepat, iaitu yg bernilai 90o. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring, birai,

2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,

3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjang,

Kata Terbitan : bersegi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
location trianglesegi tiga lokasiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKonsep peletakan industri yang diperkenalkan oleh Weber yang menyatakan lokasi optimum sesuatu industri merupakan keseimbangan antara sumber jaya dengan pengguna.
pedimentpedimenKesenianHiasan DalamanTebar layar berbentuk segi tiga rendah menonjol yang sekelilingnya dihiasi dengan birai hias timbul, yang dibina di atas portiko. Struktur yang menyerupai juga terdapat di bahagian atas pintu dan tingkap. Dalam pembinaan perabot pula dijadikan hiasan pada kepala permukaan hadapan almari. Bentuk pedimen corak pecah paling banyak dihasilkan berbanding bentuk lain. Bentuk ini dihasilkan apabila garisan yang menjurus ke atas terputus semasa hampir bertemu bucu puncak.
glue blockbongkah perekatKesenianHiasan DalamanBlok kayu yang biasanya berbentuk segi tiga dalam keratan rentas, dilekatkan atau dicantum dengan cara bersudut antara dua kepingan kayu untuk menghasilkan sambungan yang kuat.
material indexindeks bahanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaIndeks yang digunakan dalam segi tiga lokasi oleh Weber yang dinyatakan dalam bentuk berat input bahan tempatan dibahagikan dengan berat keluaran akhir.
fraud triangle theoryteori penipuan segi tigaKriminologiKeadilan JenayahTeori yang dikembangkan oleh Donald Cressey yang menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan penipuan dan tingkah laku yang tidak beretika yang lain. Tiga elemen dalam teori ini ialah tekanan, peluang dan rasionalisasi. Teori ini sering digunakan dalam menjelaskan jenayah kolar putih.
Cyperus papyrusCyperus papyrusPerikananAkuakulturTumbuhan timbul daripada Cyperus sp. yang tumbuh banyak di kawasan paya. Keratan rentas batangnya berbentuk segi tiga dan di hujung batangnya mempunyai cabang-cabang batang yang halus dan berbunga. Jambangan bunganya bersaiz 10 – 30 cm. Cyperus papyrus juga boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 4 – 5 m. Penduduk Mesir Purba menggunakan Cyperus papyrus untuk membuat kertas, bakul, bot, selimut, selipar dan ubat-ubatan.
Cyperus haspenCyperus haspenPerikananAkuakulturTumbuhan timbul daripada Cyperus sp. yang tumbuh banyak di kawasan paya. Cyperus haspen ini juga dikenali sebagai ‘Dwarf Papyrus’. Keratan rentas batangnya berbentuk segi tiga dan di hujung batangnya mempunyai cabang-cabang batang yang halus dan berbunga. Cyperus haspen boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 0.2 – 0.6 m. Cyperus haspen ini juga kelihatan seperti payung.
expressive murderpembunuhan berperasaanKriminologiKeadilan JenayahPembunuhan yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai hubungan dengan mangsa yang didorong oleh perasaan seperti cemburu, kecewa dan marah. Kebiasaannya, pembunuhan ini dilakukan tanpa apa-apa perancangan atau persediaan terlebih dahulu. Contohnya, pembunuhan yang disebabkan oleh cinta tiga segi atau kecurangan dalam perkahwinan.
stock situationsituasi kodiKesusasteraanTiadaPeristiwa dalam plot yang sering diulang dalam sesebuah drama atau naratif, sehingga menjadi suatu konvensi yang memudahkan pengkaryaan. Situasi kodi boleh tampil sebagai suatu peristiwa seperti tentang kezaliman ibu tiri dan kekeliruan identiti, atau sebagai satu urutan plot seperti cinta tiga segi atau perkahwinan paksa. Dalam sastera tradisional seperti persembahan makyung, adegan mengulik, adegan pakyung berceloteh dengan peran, dan adegan menghadap rebab merupakan situasi kodi. Hal ini demikian kerana adegan ini tetap dilakukan dalam setiap persembahan makyung. Dalam bangsawan, terdapat situasi kodi seperti adegan balairong seri, adegan taman, adegan pertarungan, adegan beradu, dan mengulik.
pixelpikselFizikNanoteknologiUnsur terkecil dalam imej berdigit suatu sistem paparan elektronik. Piksel biasanya disusun dalam grid berdimensi-2 dalam bentuk bintik, segi empat sama atau segi empat tepat. Kedudukan piksel adalah terlalu rapat sehingga kelihatan seperti bersambung. Keamatan setiap piksel adalah berbeza. Dalam sistem berwarna, setiap piksel mempunyai tiga atau empat komponen cahaya, seperti merah, hijau dan biru, atau sian, magenta, kuning, dan hitam. Setiap piksel diwakili oleh beberapa bilangan bit yang menentukan kualiti imej dan warna yang dipaparkan oleh suatu sistem paparan elektronik.
12

Kembali ke atas