contrastive world | dunia kontrastif | Kesusasteraan | Tiada | Dunia fiksyen yang memerihalkan realiti seharian dengan menampilkan dua realiti yang saling kontras. Dua realiti yang dimaksudkan ialah dunia yang dicipta berdasarkan realiti seharian dan fantasi. Dunia kontrastif kerap ditemui dalam fiksyen sains dan naratif fantasi. Lihat juga dunia aditif. |
house duty | tugas rumah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tugas seharian yang dilakukan di rumah seperti memasak dan mengemas. |
conversation piece | lukisan perbualan | Kesenian | Tiada | Lukisan yang menggambarkan kegiatan seharian sesuatu kumpulan atau keluarga. |
conversational language | bahasa perbualan | Pendidikan | Tiada | 1. Bahasa untuk perbualan seharian. |
work ethics | etika kerja | Ekonomi | Tiada | Nilai-nilai baik dalam menjalankan kerja seharian antara satu sama lain untuk mendapatkan pendapatan yang halal dan meningkatkan pengeluaran. |
random learning | pembelajaran rawak | Pendidikan | Tiada | Pembelajaran secara tidak sengaja melalui pengalaman seharian, pembacaan dan sebagainya. |
custom | adat | Sejarah | Tiada | Peraturan atau amalan yang menjadi kebiasaan dalam sesebuah masyarakat, diamalkan seharian, tidak bertulis tetapi bersifat perundangan dan berautoriti. |
roleplay | main peranan | Kesenian | Drama dan Teater | Perbuatan membawa diri dalam teater atau kehidupan seharian sesuai dengan fungsi sosial dan tingkah laku yang setara dengan peranannya. |
nonstylized storytelling | penceritaan lugas | Kesusasteraan | Tiada | Cerita-cerita rakyat yang dituturkan oleh seorang amatur dalam bahasa seharian. |
bone tool | alatan tulang | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat yang diperbuat daripada tulang untuk kegunaan seharian oleh masyarakat prasejarah. Di Malaysia, alat tulang yang biasa ditemui terdiri daripada tulang, gigi dan tanduk binatang seperti babi, gajah, badak sumbu, lembu liar, rusa, landak, tikus, tupai, monyet dan kura-kura. Antara alat tulang yang dihasilkan ialah pahat, cincin, penyepit, anak panah, manik, kapak, penebuk lubang, pengikis, pisau dan pemegang hulu. Antara tempat ditemui bahan ini ialah di Gua Niah (Sarawak), Gunung Bewah (Ulu Terengganu), Gua Kelawar (Sungai Siput), Gua Bintong (Perlis) dan Gua Kechil (Pahang). |