Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bermula dr, mulai, dari: dia hampir bingung ~ dua tiga hari yg lalu; ® semenjak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bermula dr: Dia tinggal bersama neneknya ~ kecil lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejak (kata tugas)
Bersinonim dengan bermula dari, mulai dari, semenjak, sedari, setarek.,

Puisi
 

Kain genggang bajunya putih,
     Jahit mari gigi belalang;
Sejak terpandang hatinya kasih,
     Tidak peduli nyawa hilang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mayang menolak seludang.

Bermaksud :

Melupakan orang yang memeliharanya sejak kecil.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
albinismalbinismePenternakanGenetik dan PembiakbakaanGangguan kongenital sejak lahir atau bawaan yang disebabkan oleh ketiadaan sepenuh atau sebahagian pigmen pada kulit, rambut dan mata. Keadaan ini disebabkan oleh ketiadaan atau kecacatan tirosinase yang bertanggungjawab dalam pengeluaran melanin. Albinisme terhasil daripada pewarisan alel gen resesif dan memberikan kesan kepada semua vertebrat, termasuk manusia.
digital nativejati digitalTeknologi Maklumate-PembelajaranSeseorang yang sejak kecil lagi hidup dalam persekitaran teknologi digital ataupun seseorang yang "bahasa ibundanya" ialah bahasa digital bagi komputer, Internet dan peranti bergerak. Mereka selalu pantas dan tidak kekok untuk mendapat, mengolah dan menyebar maklumat digital. Mereka memerlukan persekitaran pembelajaran kaya-media untuk mengekalkan tumpuan. Banding imigran digital.
protection and indemnity riskrisiko indemniti dan perlindunganinsuransTiadaSesetengah risiko sejak dahulu tidak boleh diinsuranskan dalam pasaran insurans marin. Dengan ini, tuan punya kapal telah menubuhkan persatuan kerjasama (kelab) untuk perlindungan risiko tersebut. Perlindungan termasuk belanja pengasingan, liabiliti perlanggaran dan kesan pelanggaran, belanja pembersihan kesan kemusnahan dan liabiliti di bawah kontrak penundaan serta liabiliti terhadap kerosakan kepada kapal lain selain perlanggaran dan sebagainya. Risiko ganti rugi termasuk liabiliti tuan punya kapal terhadap kargo, denda kelewatan, pemindahan atau kesalahan kastam.
cinnabar lacquerlakuer sinabarKesenianHiasan DalamanSejenis kerja seni yang dihasilkan di China sejak berkurun yang lalu, yang dihasilkan dengan lakuer yang diwarnakan dengan sulfid merah yang mengandungi raksa. Sinabar ialah sejenis mineral yang terdapat di kawasan gunung berapi atau mata air panas.
congenital hearing losshilang pendengaran kongenitalSains KesihatanTiadaKerosakan kepekaan terhadap pendengaran yang terjadi sejak lahir.
Data Encryption Standard (DES)Piawai Penyulitan Data (DES)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerAlgoritma yang menjadi piawai untuk penyulitan dan penyahsulitan data sejak tahun 1977. Algoritma ini dihasilkan untuk menyelaraskan algoritma yang digunakan untuk penyulitan komunikasi bagi tujuan perniagaan dan merupakan satu sifer blok berkekunci simetri. DES terdiri daripada jujukan operasi yang berulang sebanyak 16 kali serta menggunakan satu kekunci yang bersaiz gandaan 64 bit. Penyahsulitan dilakukan dengan menyongsangkan algoritma DES dengan kekunci yang sama. Lihat juga sifer blok dan kekunci simetri.
albinismalbinismeKejururawatanTiadaKeadaan yang diwarisi melalui gen resesif yang dicirikan dengan ketiadaan pigmen melanin pada kulit, mata dan rambut sejak lahir. Keadaan ini disebabkan ketiadaan tirosinase, iaitu enzim yang terlibat dalam menghasilkan melanin.
verstehenverstehenKesusasteraanTiadaPemahaman yang dicapai menerusi proses empati. Verstehen biasanya dikaitkan dengan hermeneutika. Verstehen berasal daripada perkataan Jerman yang digunakan sejak akhir abad ke-19. Lih?t jug? empati, hermeneutika
bull's eye windowtingkap mata lembuKesenianHiasan DalamanTingkap kecil yang berbentuk bulat. Tingkap ini merupakan elemen seni bina klasik sejak abad ke-16, yang biasanya dikenali dengan perkataan Perancis oeil de boeuf. Tingkap ini dikenali juga sebagai tingkap jenguk.
chroniclekronikelKesusasteraanTiadaBentuk penulisan sejarah awal yang umumnya mengandungi rekod tentang peristiwa yang berlaku dalam tempoh masa tertentu. Penulisan kronikel bermula sejak zaman Roman dan berkembang di Perancis dan Great Britain. Contoh kronikel yang penting ditemui dalam karya King Alfred berjudul Anglo-Saxon Chronicle. Karya ini meriwayatkan sejarah England dari awal (60 SM) hingga pertengahan abad ke-12. Kronikel wujud dalam bentuk prosa dan puisi. Di Nusantara, klonikel dikenali dengan nama babad atau tersilas. Sebagau suatu bentuk penulisan sejarah yang awal, kronikel memperlihatkan percampuran antara fakta degan unsur, bukannya fakta seperti legenda atau mitos. Penulis klonikel cenderung untuk menggunakan maklumat yang diperoleh tanpa menitikberatkan kebenaran maklumat tersebut berbanding dengan peristiwa atau fakta sejarah yang benar. Susunan peristiwa dalam klonikel bertujuan memuatkan rekod tentang peristiwa dan kurang penekanan terhadap interpretasi atau analisis terhadap peristiwa tersebut. Penulisan kronikel mula terhapus dalam tradisi pensejarahan sastera Melayu apabila penulisan berbentuk biografi, autobiografi, memoir, diari dan buku catatan pelayaran atau pengembaraan mula wujud dan berkembang. Penulisan bentuk ini mendapat tempat sebagai suatu kaedah penulisan sejarah. Dalam tradisi pensejarahan Melayu, penulisan klonikel umumnya dikenali sebagai karya sastera bercorak sejarah atau historiografi Melayu yang dihasilkan oleh sasterawan dan sejarawan istana Melayu pada zaman silam. Antara karya klonikel yang terkenal ialah Hikayat Raja Pasai (Pasai), Sejarah Melayu (Melaka), Merong Mahawangsa (Kedah), Misa Melayu (Perak) dan Tuhfat al-Nafis (Riau). Dalam sastera Arab, karya kronikel ditemui dalam al-Suluk oleh al-Maqrizi. Lihat juga catatan sejarah.
12345

Kembali ke atas