Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.je.nis] | سجنيس

Definisi : semacam; sebangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sejenis

Peribahasa

Bagai ular dengan legundi (= lenggundi).

Bermaksud :

Sangat terpikat kepada kekasih. legundi = sejenis tumbuhan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anthraxantraksFizikNanoteknologiSejenis penyakit yang amat mudah berjangkit kepada haiwan dan juga manusia. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria (Bacillus anthracis) yang berasal daripada haiwan seperti biri-biri, kuda, anjing, lembu, dan kambing. Penyakit ini biasanya dapat menyebabkan kematian. Bakteria tersebut menghasilkan bahan toksik yang membunuh sel dan menyebabkan cecair berkumpul di dalam tisu tubuh. Kuman penyakit ini dijadikan sebagai senjata biologi.
peritoneal dialysisdialisis peritoneumKejururawatanTiadaSejenis rawatan menggunakan peritoneum sebagai membran dialisis. Prosedur rawatan ini dilakukan dengan memasukkan dialisat ke kaviti peritoneum melalui sejenis kateter untuk mengeluarkan lebihan cecair dan sisa nitrogen tubuh.
cinnabar lacquerlakuer sinabarKesenianHiasan DalamanSejenis kerja seni yang dihasilkan di China sejak berkurun yang lalu, yang dihasilkan dengan lakuer yang diwarnakan dengan sulfid merah yang mengandungi raksa. Sinabar ialah sejenis mineral yang terdapat di kawasan gunung berapi atau mata air panas.
bamboobuluhBuluhTiadaTumbuhan daripada famili Graminae yang terdapat dengan banyaknya di kawasan Asia Pasifik. Buluh merupakan sejenis rumput yang berkayu, berongga dan mempunyai ruas. Buluh tumbuh secara mendatar atau berumpun. Buluh juga merupakan sejenis tumbuhan yang cepat tumbuh dan mencapai kematangan dalam tempoh tiga tahun.
morbidity ratekadar kemorbidaninsuransTiadaNisbah orang yang sakit berbanding dengan orang yang sihat bagi sesuatu kumpulan dalam satu tempoh yang ditetapkan. Nisbah ini juga boleh menggambarkan bilangan orang yang baru mengidap sejenis penyakit atau jumlah bilangan yang mengidap sejenis penyakit tertentu.
middle latitude rainfall typesejenis hujan kawasan latitud tengahGeografiTiadaHujan yang lebih seragam yang terdapat di kawasan latitud tengah.
bangsawanbangsawanKesusasteraanTiadaSejenis teater bersifat opera yang mengandungi lagu, muzik, dialog dan dipersembahkan tanpa skrip. Walaupun tanpa skrip, rangka lakon atau senario setiap cerita ditampalkan di belakang pentas untuk dijadikan panduan. Justeru, persembahan bangsawan banyak memanfaatkan teknik improvisasi dalam dialog dan aksi. Ciri-ciri lain termasuklah penggunaan latar yang diwarnakan, aksi yang streotaip, serta muzik dan tarian yang tidak dirancang. Cerita bangsawan berkisar tentang dalam raja, istana dan dewi-dewi. Ada juga cerita berdasarkan sejarah tempatan, kisah Islam, cerita Hindi, cerita Cina, dan lain-lain. Bangsawan berasal dari Bombay, India dan dibawa oleh sekumpulan pelakon teater parsi (dikenali sebagai Wayang Parsi) yang menyampaikan persembahannya dalam bahasa Urdu. Apabila wayang Parsi tidak lagi aktif, persembahan bangsawan diambil alih oleh pelakon tempatan yang menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri dalam bahasa Melayu. Kumpulan bangsawan yang terkenal dan rpfesional di Pulau Pinang ialah Pushi Indera Bangsawan of Penang (1914). Kumpulan ini kemudiannya berkembang di Sumatera, dan dikenali oleh Opera Stambul. Bangsawan mengalami kemerosotan selepas Perang Dunia Kedua dan semasa penjajahan Jepun. Persembahan bangsawan kemudiannya diambil alih oleh sandiwara. Contoh bangsawan ialah Jula Juli Bintang Tujuh, Laksamana Mati Dibunuh, dan Bawang Putih Bawang Merah. Lihat juga sandiwara, stambul.
dabusdabusKesusasteraanTiadaSejenis tarian rakyat yang terdapat di Perak, Dabus ditarikan oleh 15 � 18 orang penari. Tarian ini dipersembahkan semasa temasya perkahwinan, pesta pertabalan dan upacara keagamaan. Terdapat dua bahagian dalam tarian ini. Pertama, penari bergerak mengikut rentak gendang sambil menggoncang anak dabus. Kedua, penari berada dalam keadaan separa lupa sambil mencucuk lengan masing-masing dengan anak dabus dibiarkannya bergantung di lengan. Tarian ini dipercayai berasal dari Parsi dan dibawa ke Sumatera pada kurun ke-18. Seterusnya, tarian ini dibawa ke Pasir panjang, Setiawan, perak oleh seorang nakhoda kapal bernama Nakhoda Lombong dari Batu Bara, Acheh. Dabus berasal daripada perkataan Bugis yang bererti �Lembing tajam�. Dabus dikenali juga sebagai anak dabus yang dipegang oleh penari semasa mereka menari.
dittyditiKesusasteraanTiadaSejenis puisi yang dicipta untuk dilagukan atau dinyanyikan. Puisi ini biasanya pendek, mudah dan ringkas. Diti sering dikaitkan dengan jenis puisi pendek dalam pelbagai bentuk termasuklah bentuk balada. Contohnya, karya Taufiq Ismail berjudul Mengakar ke Bumi Menggapai Ke Langit: Taufiq Ismail Himpunan Lirik Lagu 1972 � 2008. Diti dikatakan hampir menyerupai jingel. Lihat juga balada, jingel
farcefarsaKesusasteraanTiadaSejenis komedi yang dipersembahkan secara berlebih-lebihan oleh pendukung wataknya bertujuan untuk mencetuskan unsur lawak jenaka. Farsa dipersembahkan dengan memberikan penekanan kepada aksi fizikal yang lucu, watak yang dibesar-besarkan, plot yang rumit, peristiwa yang tidak munasabah, dan kerap kali bersifat sindiran seksual. Farsa bukan seperti komedi biasa yang hanya mencetuskan gelak ketawa, tetapi farsa turut membuat komentar dan sindiran tentang kehidupan sosial manusia. Farsa dipercayai berasal dari zaman Yunani dan berkembang pada zaman Rom, Perancis, dan Jerman pada kurun ke-13. Seterusnya farsa berkembang di England pada kurun ke-16, Farsa bermula pada awal kurun ke-20, tetapi digantikan dengan jenis filem seperti The Three Stooges dan Charlie Chaplin. Contoh farsa dalam karya tempatan ialah siri filem Bujang Lapok, iaitu Pendekar Bujang Lapok, Bujang Lapok, dan Seniman Bujang Lapok. Farsa berasal daripada perkataan Latin farcire bermaksud �mengisi�.
12345678910...

Kembali ke atas