Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.li.ka.li] | سکالي - کالي

Definisi : langsung, sama sekali, sedikit pun: tak mahu ~; jangan ~ berbohong; masalah wanita dlm perundangan Islam tidak ~ boleh dilihat dr satu sudut sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.li.ka.li] | سکالي - کالي

Definisi : sedikit pun; sama sekali: Jangan ~ mengambil hak orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ka.li.ka.li] | سکالي - کالي

Definisi : sedikit pun; sama sekali; langsung: Kami ~ tidak berhajat kpd kuda dan tentera kamu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekali-kali

Puisi
 

Kereta api tak ada serombong,
     Kapal pergi ke Batu Pahat;
Sekali-kali saya tak sombong,
     Tapilah tuan tak tahu adat.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sekali jalan terkena,
     dua kali jalan tahu,
tiga kali jalan jera.

Bermaksud :

Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chain rhymerima berkaitKesusasteraanPuisiPuisi yang berkait pola rimanya, contohnya dalam gurindam a a atau syair a a a a. Barang siapa tiada memegang agama, Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
coupletrangkap dwibarisKesusasteraanPuisiDua baris yang membentuk sebuah rangkap puisi yang sama rima akhimya. Rangkap dwibaris ini mengandungi pemikiran pengarangnya. Contohnya, "Gurindam Dua Belas" karya Raja Ali Haji. Sinonim kuplet. Barang siapa tiada memegang agama. sekali-kali tiada boleh diksilangkan nama.
teka-tekiteka-tekiKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing)
annuityanuitiEkonomiTiadaSejumlah wang yang diterima atau dibayar kepada seseorang oleh badan tertentu, seperti syarikat insurans, setiap tahun bagi satu jangka masa yang ditetapkan. Bayaran ini dibuat sekali atau beberapa kali setahun. Anuiti merupakan pulangan pada premium insurans yang dibayar dahulu. Misalnya, anuiti hayat dan anuiti tertunda.
vorticismvortisismeKesusasteraanTiadaGerakan dalam seni kesusasteraan yang bermula abad 1912 oleh pelukis dan penulis Wyndham Lewis. Mengeluarkan majalah Blast: The Review of the Great English Vortex, yang dikeluarkan sekali atau dua kali dalam tahun 1914 - 1915.
genteelismekesantunanKesusasteraanTiadaSifat bahasa yang halus, berhias, dan terpelihara dalam karya sastera. Di Barat, tradisi kesantunan merujuk kepada sikap mementingkan konvensi dan tatacara yang betul dalam penulisan, yang menjadi lumrah pada kurun ke-18 hingga 19. Kini, kesantunan digunakan untuk menyindir norma kehalusan yang palsu. Dalam budaya Melayu, contoh penulisan kesantunan ditemui dalam warkah emas, iaitu surat yang ditulis kepada atau daripada keluarga bangsawan. Kesantunan boleh juga dirujuk sebagai budaya kebangsawanan yang sering dipaparkan dalam karya istana yang mementingkan kehalusan dan ketertiban dalam tatalaku dan tatacara. Istilah genteelisme dalam bahasa Latin bermaksud �asuhan sempurna�, manakala dalam bahasa Perancis bermaksud �anggun�. Contoh gambaran untuk memerikan tertib bersantap ditemui dalam Hikayat Malim Dewa seperti yang berikut: �... sekali suap, dua kali sudah, ketiga basuh tangan, keempat kumur-kumur, kelima santap sirih, kelat jatuh ke kerongkongan, seri naik ke peroman.�

Kembali ke atas