personal article floater | pengapung artikel persendirian | insurans | Tiada | Pengapung ini asalnya digunakan berserta polisi marin dalaman. Sekarang pengapung ini boleh dijual berasingan sebagai satu polisi atau dikepil kepada polisi harta yang sedia ada, seperti insurans empunya rumah. Pengapung bagi setiap barang. Perlindungan ini selalunya dalam bentuk semua risiko. |
ghost story | cerita hantu | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memaparkan kehadiran makhluk halus. Dengan makna yang lebih luas, istilah ini merujuk kepada karya yang menyentuh tentang alam ghaib secara metaforikal. Cerita hantu yang biasa dalam masyarakat sekarang ialah cerita serigala jadian, puntianak, toyol, penggal, dan bunian yang berkaitan dengan kerasukan dan sebagainya. Cerita hantu juga memaparkan perihal tawar-menawar antara manusia dengan syaitan yang merujuk kepada tema faust. Contoh cerita hantu ditemui dalam cerpen �The Dead� oleh James Joyce. Dalam sastera Melayu, cerita ini ditemui dalam novel Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis. |
aristocrat | golongan bangsawan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan atasan yang menguasai pemerintahan sesebuah negara dan mempunyai kekayaan serta kedudukan ekonomi yang kuat. Golongan ini biasanya mempunyai pengikut yang besar dan setia serta banyak terdapat pada zaman feudal dan masih kekal sehingga sekarang. Walaupun begitu, pada masa kini golongan ini tidak lagi menguasai atau mendominasi politik dan ekonomi. Istilah aristokrat pula berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud sistem pemerintahan yang dikuasai oleh golongan yang terbaik. Contohnya, golongan Haciendas di Amerika Latin pada abad ke-l8 dan Lord atau Baron di England pada abad ke-15. Sinonim golongan aristokrat. |
black power | kuasa kulit hitam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Slogan yang menjelaskan tentang aspirasi masyarakat kulit hitam keturunan Afrika sama ada yang berada di Afrika atau di luar Afrika berhubung dengan persoalan kemandirian kebangsaan. Slogan ini menghuraikan kesedaran bersama secara positif di kalangan masyarakat berkulit hitam. Slogan ini juga menyeru semua masyarakat kulit hitam ulltuk mewujudkan satu identiti sepunya di kalangan mereka sebagai satu kelompok etnik, menegakkan budaya kulit hitam dan bekerjasama secara kolektif ke arah yang lebih progresif. Dari segi sejarah, slogan ini dipopularkan oleh seorang pejuang kulit hitam di Amerika Syarikat iaitu, Willie Ricks (sekarang lebih popular dengan panggilan Mukasa) di sekitar tahun 1960-an. Beliau merupakan ahli Parti Sosialis Masyarakat Afrika di Amerika Syarikat. Antara tokoh lain ialah Muhammad Ali, Martin Luther King dan Malcolm X. |
warez | warez | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kategori kod atau perisian yang mempunyai hak cipta yang dihasilkan oleh kumpulan pengguna tetapi melanggar akta hak cipta. Pelanggaran hak cipta merujuk kepada penerbitan dan penghasilan kod atau perisian secara tidak sah. Konsep warez ini bertentangan dengan perkongsian fail antara rakan - ke- rakan atau kumpulan pengguna yang mempunyai minat yang sama. Kebiasaannya, warez tidak melibatkan pemalsuan perisian komersial untuk tujuan keuntungan. Pada asalnya, warez digerakkan oleh kumpulan pengguna bawah tanah tetapi sekarang telah menjadi tempat yang biasa dilawati pengguna Internet dan media massa. Contoh fail warez yang biasa diperoleh ialah kod tampung, kod rengkahan atau perisian penjana kekunci. |
system of government | sistem kerajaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem yang digunakan dalam pemerintahan untuk mentadbir sesebuah negara. Sistem kerajaan boleh dipengaruhi oleh sesuatu ideologi seperti demokrasi atau komunis atau boleh juga bersifat pragmatik tanpa terikat dengan sebarang fahaman. Sistem ini menggariskan pembahagian kuasa kepada badan pemerintahan seperti badan eksekutif, legislatif dan kehakiman. Di samping itu, ia juga menggariskan sistem pilihan raya yang digunakan, proses pelantikan perdana menteri atau presiden, dan kaedah sistem percukaian dan kewangan negara. Contohnya, sistem demokrasi merupakan sistem pemerintahan yang banyak diamalkan sekarang. |
flashback | imbas kembali | Kesusasteraan | Tiada | Teknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot ke belakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbulan. Contoh imbas kembali ditemui dalam novel Azmah Nordin berjudul Mega Nisaa, Halusinasi dan Singgahmata. Teknik imbas kembali juga terdapat dalam filem. Lihat juga in medias res. |
biography | biografi | Kesusasteraan | Tiada | Riwayat hidup seseorang atau sebuah keluarga yang ditulis oleh orang lain secara menyeluruh. Penulisan biografi diusahakan untuk memperlihatkan perwatakan individu atau sesebuah keluarga termasuklah aktiviti dan pengalamannya serta persekitaran yang mengelilinginya. Pada zaman Yunani dan Romawi, biografi dianggap sebahagian daripada tulisan sejarah. Bentuk bagiografi atau kisah hidup para santo (saints) adalah antara tulisan biografi yang awal. Selain itu, biografi awal juga berlegar pada periwayatan raja dan tokoh wira. Rata-rata penekanan tulisan adalah pada kekuatan dan kebaikan tokoh yang diperkatakan. Bentuk biografi pada tahap ini lebih bersifat pemujaan yang tidak objektif. Walau bagaimanapun, dalam karya Lives of The Poets, Samuel Johnson mula meninggalkan ciri-ciri pendewaan tokoh dan penulisannya memperlihatkan objektiviti yang menjadi tuntutan sesebuah biografi. Johnson meletakkan biografi sebagai genres sastera yang diakui dan diterima khalayaknya. Dengan terhasilnya tulisan James Boswell berjudul Life of Samuel Johnson, biografi sebagai bentuk tulisan menjadi lebih kukuh. Sementara dalam tulisan Lytton Strachey berjudul Eminent Victorians, bentuk penulisan ini lebih mantap seperti yang dilihat dan difahami sekarang. Dewasa ini, biografi meliputi kisah riwayat hidup orang biasa, dan tulisannya berbentuk ilmiah dan popular. Contoh biografi dalam sastera Arab ialah Hayat Salah al-Din al-Ayubbi oleh Ahmad Bili. Dalam kesusasteraan Melayu, bentuk biografi dapat dilihat pada karya seperti Pendeta Za�ba dalam Kenangan oleh Abdullah Hussain, dan Biografi Usman Awang: Sebuah Benua Rusuh oleh Muhammad Haji Salleh. Biografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan riwayat hidup�. Lihat juga anekdot, autobiografi, hagiografi. |