retromolar pad | pad retromolar | Perubatan | Tiada | Seketul tisu, biasanya berbentuk pear di hujung distal batas mandibel. |
Keris Bawang Sebongkol | Keris Bawang Sebongkol | Keris | Tiada | Keris yang mempunyai hulu yang diperbuat daripada emas atun tanduk. Pada bahagian pangkal mata terdapat corak yang diukir seperti seketul bawang yang dibelah. |
flemish bond | susunan flemish | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Susunan bata yang setiap susunannya mengandungi bata pengepala dan bata peregang secara bersilih ganti. Susunan flemish terdapat pada dinding luar yang tebalnya tidak kurang daripada panjang seketul bata. |
metastable state | keadaan metastabil | Kimia | Tiada | Keadaan sistem yang kelihatan berada dalam keseimbangan yang stabil tetapi jika terganggu, sistem ini dapat berubah dengan serta-merta. Misalnya, air dapat disejukkan perlahan-lahan kepada suhu di bawah OoC (air lampau dingin); walau bagaimanapun, jika seketul kecil ais tersebut dikacau, pembekuan akan segera berlaku. |
drosometer | drosometer | Sains | Hidrometeorologi | Alat yang digunakan untuk mengukur banyaknya embun yang terbentuk pada suatu permukaan tertentu. Satu jenis terdiri daripada cawan kaca vakum berbentuk hemisfera yang terdedah kepada atmosfera. Embun yang terbentuk di permukaan kaca secara automatik terkumpul di dalam cawan dan ditimbang pada akhir tempoh pendedahan. Satu jenis drosometer lagi, yang dinamakan tolok embun Duvdevani, terdiri daripada seketul kayu yang permukaannya telah diproses sehingga embun terbentuk padanya dalam pola cirian. Gambar foto dibekalkan bersama setiap alat untuk membolehkan pencerap memadankan pembentukan embun dengan satu set piawaian bersepadanan dengna jatuhan embun dari 0.01 � 0.45 mm. |