return commission | komisen pulangan | insurans | Tiada | Komisen yang dibayar balik oleh ejen sekiranya polisi dibatalkan sebelum tarikh tamat polisi tersebut. Keadaan ini wujud kerana komisen adalah berdasarkan kepada premium tahunan, dan sekiranya polisi dibatalkan sebelum premium diperolehi sepenuhnya, bahagian prorata komisen akan dikembalikan. |
game-palying syndrome | sindrom main permainan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Tingkah laku psikologi pada pengguna hasad yang menyatakan bahawa pencerobohan sistem komputer tidak salah sekiranya sistem tersebut boleh diceroboh dengan mudah. Sindrom ini menyebabkan pengguna hasad beranggapan sekiranya terdapat cara untuk mencerobohi sistem atau menjalankan aktiviti yang boleh mengubah aset sistem, maka tindakan ini tidak menjadi kesalahan. Pengguna hasad beranggapan, sekiranya pemilik sistem berhasrat hendak menghalang pengguna daripada melakukan aktiviti tersebut, maka pemilik sistem berkenaan hendaklah memasang fungsi keselamatan yang sukar ditembusi. |
increased hazard | bahaya meningkat | insurans | Tiada | Polisi insurans harta ditetapkan bahawa perlindungan akan digantung sekiranya bahaya dalam risiko yang diinsuranskan bertambah melebihi tahap yang dijangkakan semasa polisi dikeluarkan. Contoh: jika tuan punya rumah kediaman membuat bahan letupan di dalam rumahnya, bahaya bagi rumah tersebut akan bertambah, dan sekiranya kerugian berlaku tuntutan akan ditolak oleh insurer. |
multiple protection insurance | insurans perlindungan berbilang | insurans | Tiada | Perlindungan insurans hayat ini merupakan satu gabungan polisi insurans sementara dengan polisi insurans hayat seumur hidup. Faedah yang berganda akan dibayar sekiranya kematian berlaku dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya kematian berlaku selepas tempoh ini, faedah akan dibayar di bawah polisi insurans hayat seumur hidup. |
return premium | pemulangan premium | insurans | Tiada | 1. Rider atau peruntukan dalam polisi insurans kesihatan yang menyatakan bahawa sekiranya tuntutan untuk satu jangka masa yang dinyatakan tidak melebihi peratusan tetap premium dibayar, maka insurer akan membayar faedah bersama dengan jumlah premium dibayar ditolak dengan tuntutan dibayar. 2. Rider dalam polisi insurans hayat, yang memperuntukkan bahawa sekiranya insured meninggal dunia dalam tempoh yang ditetapkan maka insurer akan membayar satu amaun bersamaan dengan jumlah semua premium yang telah dibayar, sebagai tambahan kepada amaun muka polisi. |
disqualification | batal | Sukan | Lumba Basikal | Pembatalan penyertaan sekiranya pelumba melakukan kesalahan berat yang ditentukan oleh peraturan teknikal. |
nonforfeiture option | opsyen tidak lucut hak | insurans | Tiada | Sekiranya insured gagal membayar premium seperti yang ditetapkan, ia boleh memilih sama ada mendapatkan wang tunai, membuat pinjaman untuk menjelaskan premiumnya, atau menukar bentuk polisinya kepada insurans sementara diperluas atau insurans berbayar terkurang. |
insurable interest | kepentingan boleh insurans | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | yang sekiranya berlaku sesuatu kejadian, insured akan mengalami kerugian kewangan. |
maturing value | nilai matang | insurans | Tiada | Amaun yang akan dibayar sekiranya insured masih hidup di akhir tempoh sesuatu polisi endowmen atau selepas insured mencapai sesuatu umur tertentu, (biasanya 99 tahun) bai polisi insurans hayat seumur hidup. |
second ballot system | sistem undi kedua | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pilihan raya yang diadakan sehingga dua pusingan bagi memastikan calon yang menang merupakan calon yang mendapat majoriti undi yang banyak. Dalam sistem ini, sekiranya seorang calon mendapat undi yang paling tinggi majoritinya akan diisytihar sebagai pemenang. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak ada pemenang yang memperoleh majoriti yang ditetapkan maka dua calon tertinggi undinya akan bertanding dalam pusingan kedua. Calon yang mendapat undi yang tertinggi dalam pusingan ini akan dipilih sebagai pemenang. Contohnya, Indonesia merupakan salah sebuah negara mengamalkan sistem undi kedua. Dalam pilihan raya Presiden Indonesia 2004 menyaksikan persaingan antara Megawati Sukarnoputri dengan Susilo Bambang Yudhiyono yang telah dipilih untuk meneruskan pilihan raya dalam pusingan kedua dan akhirnya dimenangi oleh Susilo. |