Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sék.sual] | سيکسوال

Definisi : (séksual) 1. bkn seks; 2. bkn per­se-tubuhan antara lelaki dgn perempuan; keseksualan 1. ciri (sifat) atau peranan seks; 2. dorongan seks. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sék.sual] | سيکسوال

Definisi : /séksual/ bkn seks; bkn per­setubuhan antara lelaki dgn perempuan: hubungan ~. keseksualan 1 ciri atau peranan seks. 2 dorongan seksual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seksual


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
non-contact sexual abusependeraan seksual tanpa sentuhKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan seksual yang dilakukan oleh seseorang terhadap mangsa dengan sengaja tanpa melibatkan sentuhan fizikal. Perbuatan ini dilakukan dengan cara visual, lisan dan dalam talian dengan tujuan untuk mendapatkan kepuasan seksual. Contohnya, pengantunan seksual dalam talian, mendedahkan alat sulit, menunjukkan isyarat berunsur seksual dan menunjukkan gambar pornografi kepada mangsa.
sexual assaultamang seksualKriminologiKeadilan JenayahTindakan seseorang yang sengaja menyentuh orang lain secara seksual tanpa kerelaan mangsa, atau perbuatan memaksa mangsa secara fizikal untuk melakukan perbuatan seksual yang bertentangan dengan kehendak mangsa tersebut. Sinonim serangan seksual.
aphrodisiacafrodisiakHerbaPemiawaianHerba yang dapat memulihkan potensi dan fungsi seksual serta meningkatkan keinginan seksual. Contohnya, ekstrak akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan pokok kacip fatimah (Marantodes pumilum).
coerced sexual contacthubungan seksual paksaKriminologiKeadilan JenayahTindakan yang menggunakan tekanan, bahan terlarang seperti alkohol atau dadah, atau daya untuk melakukan hubungan seksual terhadap mangsa tanpa kerelaaannya. Tindakan ini termasuk juga perbuatan mendesak mangsa secara berterusan untuk melakukan hubungan seksual walaupun mangsa menolak hubungan tersebut.
sexual assaultserangan seksualKriminologiKeadilan JenayahLihat amang seksual.
sexual actionstindakan seksualKejururawatanTiadaTindakan memenuhi keperluan seksual bagi pesakit yang mengalami masalah kesihatan.
sexual functionfungsi seksualKejururawatanTiadaKeupayaan untuk memenuhi keperluan seksual dan mengekalkan hubungan seks dengan pasangan bagi pesakit yang mengalami masalah kesihatan.
sexual crimejenayah seksualKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan, aktiviti atau perlakuan seksual antara individu yang sama atau berbeza jantina yang bertentangan dengan undang-undang. Contohnya, rogol, sumbang mahram, liwat dan perhubungan seks dengan objek.
sexual molestationpencabulan seksualKriminologiKeadilan JenayahSentuhan, serangan atau penderaan secara seksual yang dianggap keji dan melanggar adat kebiasaan yang dilakukan tanpa kerelaan mangsa.
alcohol facilitated sexual assaultserangan seksual dipermudah alkoholKriminologiKeadilan JenayahSerangan seksual yang dilakukan dengan sengaja oleh penyerang terhadap mangsa setelah mangsa diberikan alkohol sehingga mabuk. Keadaan mangsa yang mabuk menyebabkan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku dan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa.
1234567

Kembali ke atas