associes | asosies | Biologi | Ekologi | Sekuntum tumbuhan yang sedang terbentuk, yang masih tidak stabil. Misalnya, kawasan hutan sekunder yang akhirnya membentuk hutan klimaks. |
cross pollination | pendebungaan silang | Biologi | Ekologi | Pemindahan debunga dari anter sekuntum bunga ke stigma bunga tumbuhan lain. Biasanya proses ini dibantu oleh agen bukan biotik, seperti angin, dan air, atau agen biotik, seperti serangga dan burung. |
calyx tube | Tiub kaliks | Pertanian | Agronomi | Saluran yang terbentuk oleh pangkal sepal bersama dengan reseptakel di bahagian pangkal sekuntum bunga. Tiub kaliks berfungsi sebagai tempat lekatnya sepal, petal, stamen dan ovari bunga. |
goodnight card | kad selamat malam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kad yang diletakkan di atas katil tetamu semasa servis malam yang biasanya disertakan dengan sekuntum bunga atau coklat sebagai tanda mengucapkan selamat malam kepada tetamu. |
rosette | roset | Biologi | Patologi | Gejala berupa pemendekan yang luar biasa pada tumbuhan sepanjang paksi utama (ruas) tetapi tidak terlalu mempengaruhi perkembangan organ lain, misalnya daun, hingga keseluruhannya kelihatan seperti kipas atau sekuntum bunga mawar. Gejala ini biasanya disebabkan oleh virus. lih. bantut, kerdil. |
Androecium | Androesium | Pertanian | Tiada | Bahagian pembiakan jantan bunga. Ia ini terletak di bahagian dalam sari bunga. Organ ini terdiri daripada stamen yang mengandungi anter yang terletak di hujung filamen. Debunga di dalam anter mengandungi gamet jantan. Sekuntum bunga mempunyai lebih daripada satu stamen sama ada bercantum membentuk satu tiub atau terasing. Contoh stamen bentuk tiub ialah bunga raya dan stamen yang terpisah ialah bunga songsang (Gloriosa superba). |
androecium | androesium | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bahagian pembiakan jantan bunga yang terletak di bahagian dalam sari bunga. Organ ini terdiri daripada stamen yang mengandungi anter yang terletak di hujung filamen. Debunga di dalam anter mengandungi gamet jantan. Sekuntum bunga mempunyai lebih daripada satu stamen sama ada bercantum membentuk satu tiub atau terasing. Contoh bunga dengan stamen bentuk tiub ialah bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis), dan bunga dengan stamen yang terpisah ialah bunga songsang (Gloriosa superba). |