Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.ku.ri.ti] | سيکوريتي

Definisi : (sékuriti) 1. sijil saham, bon, dsb yg membolehkan pemegangnya berhak men­dapat bayaran faedah dan dividen; 2. kese­lamatan; 3. jaminan, cagaran, sandaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekuriti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
debt instrumentalat hutangEkonomiTiadaSebarang dokumen yang menanda -kan pemegangnya mempunyai tuntutan hutang terhadap pengeluar dokumen tersebut. Alat hutang dikenali juga sebagai sekuriti, walaupun kadangkala sekuriti merujuk alat hutang yang mempunyai tempoh matang yang panjang. Misalnya, bil, bon, sekuriti kerajaan, dan sekuriti syarikat.
nuclear security eventperistiwa sekuriti nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorPeristiwa yang memberi kesan sebenar atau berpotensi memberi kesan kepada sekuriti nuklear. Peristiwa sekuriti nuklear mesti ditangani.
radiation securitysekuriti sinaranTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikLangkah yang dilaksanakan dengan objektif untuk menghalang kemasukan individu tanpa tauliah terhadap punca radioaktif. Antara langkah-langkah sekuriti sinaran termasuklah penggunaan kamera litar tertutup (CCTV), pagar, pengawal keselamatan dan ibu kunci. Sekuriti sinaran mampu mencegah kerosakan, kehilangan, kecurian, aktiviti pindah milik yang tidak sah dan punca radioaktif. Kegagalan dalam melaksanakan sekuriti sinaran boleh mengakibatkan insiden atau kejadian kemalangan yang tidak diingini seperti dedahan sinaran tidak terancang kepada orang awam. Langkah ini dilaksanakan pada seluruh kitar hayat penggunaan bahan radioaktif seperti penggunaan, penstoran, pengangkutan, nyahtauliah, dan pelupusan.
money and securities broad form policypolisi bentuk luas wang dan sekuritiinsuransTiadaPolisi insurans yang diperoleh oleh syarikat perniagaan untuk melindungi mereka daripada kerugian wang dan sekuriti disebabkan pelbagai jenis bahaya kecuali pemalsuan dan penipuan oleh pekerjanya. Polisi ini biasanya memberikan perlindungan yang lebih luas ke atas kerosakan, penggelapan dan pengeluaran wang dan sekuriti secara tidak sah.
collateralcagaranEkonomiTiadaSekuriti yang diberi oleh peminjam sebagai jaminan terhadap pembayaran semula pinjaman yang diperoleh. Sinonim sekuriti cagaran.
collateralcagaranEkonomiTiadaSekuriti yang diberi oleh peminjam sebagai jaminan terhadap pembayaran semula pinjaman yang diperoleh. Sinonim sekuriti cagaran.
securitiessekuritiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
nuclear securitysekuriti nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorPencegahan, pengesanan dan tindak balas terhadap kecurian, sabotaj, akses yang tidak dibenarkan, pemindahan haram atau perbuatan berniat jahat lain yang melibatkan bahan nuklear, bahan radioaktif lain atau fasiliti yang berkaitan dengannya. Lihat juga nuclear security event.
security assessmenttaksiran sekuritiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPenilaian dan pengujian yang bertujuan untuk mendedahkan kelemahan, kepayahan, atau risiko yang wujud pada perisian, perkakasan, peranti, dan prasarana sistem komputer. Taksiran ini dibuat untuk menentukan kewujudan keadaan pada sistem yang boleh membahayakan aset sistem komputer tersebut atau membuka peluang kepada pengguna hasad untuk menyalahgunakan aset sistem komputer.
gilt-edge securitysekuriti kukuhPenilaian Harta TanahTiadaTiada
1234

Kembali ke atas