Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sél) 1. (Bio) unit terkecil sesuatu organisma yg terdiri drpd nukleus dan sitoplasma yg dikelilingi membran sel; 2. bilik kecil dan sempit tempat mengurung orang salah di penjara; 3. (Fiz) bahagian (pd bateri) yg diisi bahan-bahan kimia utk mengeluarkan tenaga elektrik; ~ elektrik = ~ elektrokimia sel yg digunakan utk menghasilkan tenaga elektrik atau utk melakukan elektrolisis (terdiri drpd dua elek­trod yg terendam dlm elektrolit); ~ elektrolisis sel yg menggunakan tenaga elektrik arus terus utk menguraikan elektrolit; ~ fotoelektrik peranti yg menghasilkan kesan elektrik apabila terdedah pd cahaya; ~ kering bateri; ~ piawai sel primer yg voltannya diketahui dengan tepat; ~ primer sel yg menghasilkan arus elektrik melalui tindak balas elektrokimia yg tidak berbalik (tidak dapat dicas semula); ~ sekunder sel yg menghasilkan arus elektrik melalui tindak balas elektrokimia yg berbalik (dapat dicaskan semula); ~ suria sj sel elektrik yg menukarkan tenaga suria kpd tenaga elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /sél/ 1 ist bahagian yg seni pd sesuatu benda hidup yg berisi protoplasma dan nukleus: ~ darah. 2 bilik kecil di penjara. 3 ist alat yg dpt menukarkan tenaga kimia kpd tenaga elektrik (biasanya terdiri drpd bekas yg terdapat dua elektrod terendam dlm elektrolit). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
phagocytosisfagositosisPerikananAkuakulturPengepungan dan penghadaman patogen serta serpihan sel, iaitu sel-sel badan atau sel patogen yang telah mati.
phagocytefagositKejururawatanTiadaSel yang berupaya menelan dan mencerna bakteria, protozoa, sel-sel dan debris sel. Ia terdiri daripada sel darah putih dan memainkan peranan utama dalam mekanisme pertahanan tubuh.
electrochemical cellsel elektrokimiaFizikNanoteknologiSel yang terdiri daripada gabungan dua elektrod, disusun dalam suatu bahan elektrolit supaya tindak balas penurunan pengoksidaan berlaku serta menghasilkan daya elektromotif. Contohnya, sel kering, sel basah, sel piawai, sel bahan api, dan sel elektrolit pepejal.
cytologysitologiKejururawatanTiadaPemeriksaan sel-sel di bawah mikroskop untuk mengesan perubahan struktur atau ketaknormalan, bagi membantu diagnosis penyakit, contohnya kanser.
polyploidypoliploidiBioinformatikBioinformatik MolekulKeadaan sel-sel organisma yang mempunyai tiga atau lebih set kromosom homolog berpasangan yang berlaku semasa proses mitosis atau meiosis.
bamboo fibreserabut buluhBuluhTiadaSel-sel panjang berbentuk silinder dengan dinding berlignin, tirus pada kedua-dua hujung dan kadangkala bercabang. Serabut buluh berfungsi untuk memberikan sokongan mekanikal kepada kulma buluh.
surfactantsurfaktanKejururawatanTiadaSejenis lipoprotein yang dihasilkan oleh sel-sel alveolar paru-paru yang berfungsi untuk mengurangkan ketegangan permukaan alveoli dan mengekalkan kekenyalan tisu pulmonari.
adipose tissuetisu adiposKejururawatanTiadaTisu perantara yang terdiri daripada sel-sel yang dipenuhi dengan globul lemak. Tisu ini berfungsi sebagai pelindung organ, penebat haba dan sumber tenaga.
antihepatotoxicantihepatotoksikHerbaFitoterapiBahan yang berupaya mencegah kerosakan atau keracunan terhadap sel-sel hati.
Pick’s diseasepenyakit PickPerubatanPsikiatriPenyakit neurodegeneratif yang menyebabkan kemusnahan sel-sel saraf otak dan pengumpulan protein tau di dalam struktur Pick pada otak.
12345678910...

Kembali ke atas