antibacterial | antibakteria | Herba | Tiada | Herba yang melawan dan memusnahkan bakteria. Contoh herba ini ialah selasih, kayu manis, cengkih, kayu putih, kunyit, alfalfa, chamomile (kamomil), parsli, pepermin, rubarb. |
stomachic | stomakik | Herba | Tiada | Herba yang memperkuat dan memulihkan otot perut. Contoh herba ini ialah betik, cengkih, ginseng, selasih, jintan, saderi, buah pic dan lobak. |
persiflage | kata senda | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan yang dipilih dan digunakan bertujuan untuk menyampaikan amanat penyair yang mengandungi nada senda atau gurauan. Contohnya, petikan lagu "Gurindam Jiwa" dari filem Melayu lama. Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Anak Cina pasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati; Di dalam hati tidak dilupa, Sebagai rambut bersimpul mati. Batang selasih permainan budak, Daun selasih dimakan kuda; Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga. |
stomachic | stomakik | Herba | Pemiawaian | Sifat herba yang berfungsi untuk memulihkan otot perut, menghilangkan kesakitan atau ketakselesaan pada perut. Contoh ekstrak herba yang bersifat stomakik ialah esktrak halia (Zingiber officinale), minyak pati selasih (Ocimum basilicum) dan ekstrak kunyit (Curcuma longa). |
amnesia | amnesia | Herba | Pemiawaian | Penyakit lupa, kehilangan sebahagian atau sepenuhnya keupayaan ingatan disebabkan faktor organik atau psikologi. Amnesia punca organik biasanya dikaitkan dengan disfungsi diensefalon atau hipokampus (kerosakan otak atau penyakit). Contoh herba yang digunakan untuk merawat amnesia ialah ekstrak daun selasih (Ocimum basilicum). |
seed | biji | Herba | Tiada | Organ pembiakan tumbuhan yang terhasil daripada ovul yang telah tersenyawa dan mengandungi embrio, makanan tersimpan dan kulit pelindung. Biji utuh dalam bentuk kering atau segar biasanya digunakan sebagai bahan mentah herba selepas dikisar atau diserbukkan. Contohnya, biji bijan, biji habatussauda, biji kopi dan biji popi (kaskas). Biji yang halus digunakan tanpa perlu dikisar. Contohnya, biji selasih. |
lipid | lipid | Herba | Pemiawaian | Sebatian organik semula jadi yang mempunyai keterlarutan dalam air yang terhad atau terbatas dan boleh diekstrak daripada herba dengan menggunakan pelarut organik yang tidak berkutub, seperti heksana dan kloroform. Lipid terbahagi kepada dua jenis, iaitu terhidrolisis seperti jenis lelemak dan minyak, dan tidak terhidrolisis seperti sterol dan lilin. Contohnya, kandungan lipid yang terdapat di 41 dalam biji selasih (Ocimum basilicum), buah dan daun gajus (Anacardium occidentale). |