selective blockade | bloked selektif | Undang-undang | Tiada | Tiada |
selective weeding | perumputan selektif | Pertanian | Agronomi | Pengawalan rumpai yang tertumpu kepada jenis rumpai tertentu. Contohnya, dalam ladang kelapa sawit, racun sistemik digunakan, khususnya untuk mengawal lalang kerana lalang tersebut merendahkan hasil tanaman. Rumpai lain boleh dikawal dengan kaedah pemotongan secara manual. |
blood-brain barrier | rintangan darah-otak | Perubatan | Tiada | Suatu mekanisme selektif yang menentang laluan bahan-bahan seperti bakteria dan toksinya dari darah ke bendalir serebrospinal dan otak |
membrane process | proses membran | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Proses pengasingan yang menggunakan ciri-ciri membran (poros, selektif, bercas) untuk memisahkan komponen yang berbeza dalam larutan. Contohnya, proses penurasan air minuman menggunakan osmosis berbalik. |
antidepressan | antidepresan | Farmasi | Farmakologi | Agen yang digunakan untuk melegakan simptom-simptom kemurungan. Agen ini digunakan untuk merawat gangguan psikiatri seperti depresi major dan gangguan keresahan jiwa. Kelas agen ini termasuklah antidepresan trisiklik. dan tetrasiklik., perencat oksidase monoamina, perencat pengambilan semula serotonin selektif (SSRl), perencat pengambilan semula serotonin dan noradrenalina (SNRI), serta antidepresan noradrenalina dan serotoninergik spesifik (NaSSA). Kebanyakan agen antidepresan mempunyai masa mula tindakan tertangguh (2-6 minggu) dan diambil selama beberapa bulan sehingga ke beberapa tahun.Sinonim antimurung. |
opioid antagonist | antagonis opioid | Farmasi | Farmakologi | Agen yang boleh mengurangkan aktiviti reseptor opioid dengan menghalang pengikatan opioid, dan seterusnya menghalang pengaktifan reseptor tersebut.Tindakaniniakan menghalang tubuh daripada bertindak balas terhadap opiat dan endorfin. Kesemua antagonis opioid yang digunak:an dalam perubatan adalah tidak selektif, sama ada menyekat ketiga-tiga reseptor opioid ( 1Cdano) atau menyekat reseptor opioid f.1 tetapi mengaktifkan reseptor opioid K. Contoh antagonis opioid ialah nalokson, naltrekson, levalorfan, siprodim dan naltrindol. |
antidepressant | antidepresan | Perubatan | Tiada | Ubat yang digunakan untuk rawatan penyakit kemurungan dan keresahan. Ia mempunyai pelbagai mekanisme tindakan seperti merencat pengambilan semula serotonin dan meningkatkan simpanan monoamina di sel-sel otak. Ubat ini dibahagikan kepada kumpulan yang berbeza seperti antimurung trisiklik, antimurung haterosiklik dan perencat selektif pengambilan semula serotonin (SSRI). Kesan sampingannya bergantung kepada jenis ubat. Contoh ubat ialah Imipramine, Amoxapine dan Fluoxetine. Sinonim antimurung. |
bronchodilator | bronkodilator | Farmasi | Farmakologi | Drug yang mengendurkan otot licin pada bronkiol, mengurangkan rintangan salur udara dan membantu meningkatkan laluan udara ke paru-paru. Drug ini biasanya dipreskripsikan kepada pesakit yang mengalami asma, penyakit pulmonari obstruktifkronik, bronk:iektasis, bronkitis dan emfisema.Drug ini terbahagi kepada empat kumpulan, iaitu agonis adrenoseptor P2 selektif (contohnya, salbutamol dan terbutalina), agen simpatomimetik (isoproterenol, adrenalina), metilxantina (teofilina), dan agen antimuskarinik (ipratropium bromida). |
active transport of drug | angkutan aktif ubat | Perubatan | Tiada | Proses pemindahan molekul ubat melalui lapisan membran sel yang memerlukan penggunaan tenaga. Proses ini boleh memindahkan molekul tersebut melawan kecerunan kepekatan. Pemindahan ini boleh berlaku semasa penyerapan ubat dari usus, pemindahan ke dalam sel hepar untuk dimetabolismekan, dan rembesan pada tubul ginjal. Proses ini bersifat selektif dan boleh mengalami ketepuan. Contoh angkutan aktif ubat ialah proses yang melibatkan rembesan Penicillin ke dalam tubul ginjal. |
ganglion blocking agent | agen penghalang ganglion | Farmasi | Farmakologi | Agen yang menghalang transmisi postganglion dengan bertindak sebagai antagonis nikotinik. Agen ini bertindak menghalang sistem saraf parasimpatetik dan sistem saraf simpatetik. Contoh agen ini ialah heksametonium, mekamilamina dan pempidina. Agen penghalang ganglion jarang digunakan pada masa kini berbanding dahulu disebabkan oleh kehad.iran agen-agen yang lebih selektif. Walau bagaimanapun, agen ini masih lagi digunakan dalam sesetengah situasi kecemasan, contohnya semasa diseksi aorta. Agen ini juga dikenali sebagai ganglioplegik. Lihat juga postganglion. |