pharmacy only medicines | ubat seliaan farmasi | Sains Kesihatan | Tiada | Ubat yang dikelaskan sebagai racun berjadual dan boleh dibekalkan atau dijual tanpa preskripsi tetapi dengan seliaan daripada ahli farmasi. |
self-administration | swapengambilan | Sains Kesihatan | Tiada | Penggunaan ubat yang dilakukan sendiri oleh pesakit tanpa seliaan ahli professional kesihatan. |
over-the-counter drug | ubat kaunter terbuka | Sains Kesihatan | Tiada | Ubat yang boleh diperoleh tanpa preskripsi atau seliaan daripada ahli farmasi. |
pharmacy medicines | ubat farmasi | Sains Kesihatan | Tiada | Ubat yang dikelaskan sebagai racun berjadual dan boleh dibekalkan atau dijual tanpa preskripsi atau seliaan daripada ahli farmasi. |
safety barrier | sawar keselamatan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Halangan fizikal yang dipasang agar pergerakan operator dan orang awam dapat disekat daripada memasuki kawasan kawalan dan seliaan semasa kerja-kerja radiografi industri dilaksanakan. Halangan ini boleh berbentuk tali atau lapisan plastik nipis yang dibentuk untuk menutup laluan yang berpotensi untuk dicerobohi atau dimasuki oleh manusia. |
self-directed learning | pembelajaran terarah kendiri | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Satu proses yang melibatkan pelajar menentukan sendiri keperluan dan objektif pembelajarannya, memilih bahan pembelajaran, menentukan strategi pembelajaran dan menilai pencapaian di bawah seliaan pengajar. Lihat juga andragogi. |