listserv | listserv | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian aplikasi senarai mel elektronik yang dibangunkan pada pertengahan tahun 1980-an untuk tujuan tertentu oleh sekumpulan pengguna. Listserv akan mengimbas pesanan mel bagi perkataan “subscribe” (melanggan) dan “unsubscribe” (tarik diri pelangganan) untuk mengemas kini senarai ahli secara automatik. Apabila seorang pelanggan hantar mel kepada senarai mel ini, seluruh ahli akan menerimanya. Contoh aplikasi yang sama adalah seperti Yahoo Groups Mail. |
Wernerian | usia Werner | Geologi | Tiada | , ahli geologi dan mineralogi Jerman, yang mengklasifikasikan mineral berdasarkan ciri-ciri luarannya, menyokong teori neptunisme, dan mempostulatkan jujukan usia batuan di seluruh dunia berdasarkan litologinya. |
environmental isotope | isotop persekitaran | Hidrogeologi | Tiada | Jenis-jenis isotop semula jadi dan buatan yang terdapat di seluruh dunia atau sekurang-kurangnya di suatu wilayah tanpa ada kemungkinan berlakunya pengawalan oleh manusia. Keragaman isotop ini dalam air semula jadi dapat digunakan oleh ahli hidrologi untuk mengkaji ciri-ciri penting air |
fairy tale | cerita pari-pari | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang bersifat luar biasa, fantasi, dan penuh unsur khayalan. Tema cerita berkisar pada kekuasaan, peperangan, dan penaklukan yang melibatkan hubungan manusia dengan makhluk aneh seperti naga, hobgoblins, gergasi, ahli sihir, dan kuasa magis. Antara tokoh awal yang terkenal dalam pengumpulan cerita pari-pari ialah Grimm Brothers dari Jerman yang menghasilkan Household Tales, dan pengumpulan dilakukan antara tahun 1812-1823. Hasil usaha pengumpulan mereka kini tersebar sebagai bahan sastera kanak-kanak di seluruh dunia. Tokoh atau pengumpul cerita kanak-kanak lain yang tidak kurang pentingnya ialah Hans Christian Andersen dari Denmark. Kumpulan cerita beliau berjudul Fairy Tales pertama kali diterbitkan pada tahun 1835. Salah sebuah cerita yang terkenal ialah kisah Hansen and Gretel. Kini di Barat, cerita pari-pari terus hidup dalam koleksi sastera kanak-kanak yang mengungkapkan fantasi moden. Antara cerita yang terkenal dalam sastera Inggeris ialah Jack and the Beanstalk, Snow Whie and the Seven Dwarfs, |
Fascism | fahaman Fasis | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Fahaman yang timbul sebagai reaksi penentangan terhadap sayap kiri selepas Perang Dunia Pertama. Dalam pengertian khusus, fahaman ini merujuk kepada sistem ketatanegaraan dan kemasyarakatan yang berbentuk diktator dan nasionalis. Fahaman ini diperkenalkan oleh Mussolini di Itali (1922 � 1943). Secara umumnya, fahaman ini juga merujuk kepada fahaman yang mirip dengan aliran yang diperkenalkan oleh Mussolini yang dianuti di negara lain di seluruh dunia, khususnya sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua. Contoh negara yang pernah menganut fahaman ini ialah Jerman, Austria, Jepun, Romania, Brazil (pimpinan Vargas), Sepanyol (pimpinan Franco), Portugal (pimpinan Salazar) dan Argentina (pimpinan Peron). Para sarjana dan ahli teori berpendapat bahawa fahaman ini merupakan ideologi faham pelampau kanan yang merangkumi ras, agama, ekonomi, kebajikan sosial dan kepimpinan. Asas fahaman ini secara langsung dan secara khusus menentang komunisme, sosialisme dan liberalisme. Dalam konteks hubungan antarabangsa, fahaman ini |
United Nations (UN) | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan selepas Piagam PBB ditandatangani pada tahun 1945. Sehingga kini, PBB dianggotai oleh lebih kurang 200 buah negara. Matlamat penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta menyelesaikan masalah ekonomi, sosial dan politik melalui kerjasama antarabangsa. Pertubuhan ini juga bertujuan untuk menggalakkan rasa hormat dan prihatin terhadap hak asasi manusia. Ibu pejabatnya terletak di New York dan pertubuhan ini diketuai oleh Setiausaha Agung. Pertubuhan ini bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan, dan dipegang oleh Majlis Keselamatan PBB yang mempunyai ahli tetap dan tidak tetap. Perhimpunan Agung PBB yang bersidang pada setiap tahun merupakan forum perbincangan bagi seluruh anggota pertubuhan ini dan setiap anggota mempunyai hak yang sama untuk bersuara. Sinonim PBB. |
United Nations (UN) | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pertubuhan yang diwujudkan selepas Piagam PBB ditandatangani pada tahun 1945. Sehingga kini, PBB dianggotai oleh lebih kurang 200 buah negara. Matlamat penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta menyelesaikan masalah ekonomi, sosial dan politik melalui kerjasama antarabangsa. Pertubuhan ini juga bertujuan untuk menggalakkan rasa hormat dan prihatin terhadap hak asasi manusia. Ibu pejabatnya terletak di New York dan pertubuhan ini diketuai oleh Setiausaha Agung. Pertubuhan ini dipegang oleh Majlis Keselamatan PBB yang mempunyai ahli tetap dan tidak tetap. Perhimpunan Agung PBB yang bersidang pada setiap tahun merupakan forum perbincangan bagi seluruh anggota pertubuhan dan setiap anggota mempunyai hak yang sama untuk bersuara. |