Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.man.tik] | سمنتيک

Definisi : (Lin) kajian tentang makna per-kataan dan penambahan makna sesuatu kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.man.tik] | سمنتيک

Definisi : /sémantik/ ilmu mengenai makna atau erti kata, dan penambahan atau perubahan makna kata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semantik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
semanticsemantikKesusasteraanTiadaIlmu mengenai makna atau erti kata. Semantik boleh juga diertikan sebagai kajian makna perkataan atau ungkapan linguistik. Pengajian semantik berlaku pada semua peringkat bahasa daripada bunyi hingga wacana. Pada peringkat kata, pengajian biasanya dikenali sebagai semantik leksikal dan pada peringkat wacana dikenali sebagai semantik wacana.
semanticssemantikTeknologi MaklumatPerisianSet rentetan dalam bahasa pengaturcaraan komputer yang mempunyai makna tetapi berbeza dengan sintaks. Semantik menghuraikan cara simbol yang digabungkan secara bebas sehinggga memberikan suatu makna. Bagi semantik, bahasa pengaturcaraan ialah fungsi atur cara untuk mencapai matlamatnya. Contohnya, semantik gelung ‘While-Do’ dalam bahasa pengaturcaraan C atau Java melaksanakan lelaran selagi syarat gelung dipatuhi.
semantic memoryingatan semantikPsikologiPsikologi UmumIngatan tentang pengetahuan umum seperti fakta, peraturan dan proposisi. Berdasarkan ingatan semantik, seseorang individu boleh menjelaskan kucing itu sebagai haiwan yang kecil, berkaki empat dan berbulu yang menghabiskan kebanyakan masanya untuk tidur. Sinonim memori semantik.
semantic memorymemori semantikPsikologiPsikologi UmumLihat ingatan semantik.
semanticmakna/semantik)KesusasteraanTiadaCabang ilmu linguistik yang mengkaji perihal makna.
linguistic semanticssemantik bahasaLinguistikTiadaTiada
universal semanticssemantik sejagatLinguistikTiadaTiada
combinatorial semanticssemantik gabunganLinguistikTiadaTiada
generative semanticssemantik generatifLinguistikTiadaTiada
general semanticssemantik amLinguistikTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas