Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.buh] | سمبوه

Definisi : menjadi sihat kembali (orang sakit), pulih (drpd sakit, penyakit), baik, betah: orang-orang yg sakit itu akan ~ semula dgn segera; maka apabila ~ lukanya, maka baliklah ia ke Pagar Ruyung; menyembuhkan menjadikan sembuh (baik, betah), mengubati (supaya sembuh): jangan­lah pula kamu berharap doktor itu boleh ~ penyakit itu dlm beberapa hari sahaja; kesembuhan perihal sembuh; penyembuhan perihal menyembuhkan, pemu-lihan; penyembuh (sesuatu) yg menyembuhkan: tiada ubat ~ utk penyakit AIDS. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.buh] | سمبوه

Definisi : kembali menjadi sihat (ba­gi orang yg menghidap sesuatu pe­nyakit); baik semula; pulih: Lukanya sudah ~. menyembuhkan mengubati sehingga sembuh; menjadikan sembuh: Taj-ul-Muluk pun pergilah mengembara mencari ubat utk ~ penyakit ayahandanya. kesembuhan keadaan atau hal sembuh: Rawatan itu tidak menjamin ~ sepenuhnya. penyembuhan perbuatan atau hal menyembuhkan: Mereka ber­usaha mencari kaedah ~ yg berkesan utk penyakit itu. penyembuh ubat atau sesuatu yg menyembuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembuh (adjektif)
Bersinonim dengan sihat kembali, pulih, baik, betah, siar, segar, waras, uras;,
Kata Terbitan : menyembuhkan, kesembuhan, penyembuhan,

Puisi
 

Air dalam bertambah dalam,
     Hujan dahulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
     Luka dahulu belumlah sembuh.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
curative medicineperubatan rawat sembuhKesihatan AwamTiadaPerubatan yang bertujuan untuk merawat pesakit agar kesihatannya dapat dipulihkan sepenuhnya dalam masa yang singkat.
chronic diseasepenyakit kronikPerikananAkuakulturPenyakit pada ikan yang berlarutan dan sukar sembuh. Penyakit kronik boleh menunjukkan tanda-tanda klinikal atau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda klinikal.
chronickronikKejururawatanTiadaKeadaan yang berkaitan dengan proses penyakit yang berpanjangan atau bermula dengan beransur-ansur dan tidak sembuh dengan cepat.
dischargeizin keluarKesihatan AwamTiadaKeadaan pemberitahuan (seseorang) secara rasmi bahawa mereka boleh atau dibenarkan keluar daripada hospital kerana pesakit telah disahkan sembuh.
long haulerpenggejala berpanjanganKesihatan AwamTiadaIndividu yang mengalami satu atau lebih kesan jangka masa panjang akibat daripada penyakit serius yang pernah dihidapinya seperti COVID-19 walaupun telah sembuh sepenuhnya sebelum itu. Gejala tersebut termasuklah sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit.
long haulerpenggejala berpanjanganKesihatan AwamTiadaIndividu yang mengalami satu atau lebih kesan jangka masa panjang akibat daripada penyakit serius yang pernah dihidapinya seperti COVID-19 walaupun telah sembuh sepenuhnya sebelum itu. Gejala tersebut termasuklah sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit.
long haulerpenggejala berpanjanganKesihatan AwamTiadaIndividu yang mengalami satu atau lebih kesan jangka masa panjang akibat daripada penyakit serius yang pernah dihidapinya seperti COVID-19 walaupun telah sembuh sepenuhnya sebelum itu. Gejala tersebut termasuklah sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit.
homeopathyhomeopatiHerbaTiadaAmalan perubatan komplementari yang berasaskan prinsip bahawa sesuatu penyakit boleh dirawat dengan memberikan ubat pada dos yang amat kecil, tetapi ubat itu menghasikan simptom penyakit tersebut apabila diambil oleh seseorang yang sihat. Homeopati boleh merawat tubuh manusia secara holistik dan membantu tubuh untuk sembuh dengan sendiri. Ubat homeopati boleh mengandungi bahan herba, kimia dan mineral. Contohnya, sediaan homeopati bawang putih.
ascorbic acidasid askorbikPerikananAkuakulturBahan organik atau dikenali juga sebagai vitamin C yang sangat diperlukan oleh organisma dalam jumlah yang terhad untuk pembentukan tisu penyambung dan tisu parut semasa pembaikan luka dan matriks tulang. Keperluan asid askorbik bagi setiap organisma adalah bergantung pada keadaan dan organisma tersebut. Asid askorbik tidak dapat disintesis dalam jumlah yang mencukupi oleh organisma. Oleh itu, asid askorbik perlu dibekalkan dalam diet. Ikan tidak boleh mensintesis asid askorbik, kekurangan asid ini akan menyebabkan luka lambat sembuh, timbul ulser pada kulit sirip, luka, perdarahan dan pembentukan tulang yang tidak sempurna atau cacat.

Kembali ke atas