heritage coast | persisiran warisan | Pelancongan | Tiada | Kawasan persisiran pantai yang menjadi lambang sesuatu budaya. Contohnya, pantai timur Semenanjung Malaysia menjadi lambang budaya Melayu. |
mixed tide | pasang surut campuran | Sains Marin | Tiada | Aras air pasang dan air surut yang mempunyai perbezaan ketara, berlaku dua kali pasang dan dua kali surut dalam sehari dan boleh bertukar menjadi pasang surut jenis harian. Keadaan ini berlaku di perairan Semenanjung Malaysia. |
panji | panji | Kesusasteraan | Tiada | Gelaran yang diberikan kepada wira dalam kelompok cerita panji. Cerita panji merujuk kepada sejenis genre atau sekelompok cerita jawa yang dicirikan oleh watak, tema, latar dan plot yang tipikal. Cerita Panji ialah cerita Jawa asli, dan temanya bukan saduran daripada epik India. Cerita panji dipercayai tersebar pada zaman kerajaan Hindu-Jawa di Majapahit. Oleh itu, cerita ini memperlihatkan pengaruh budaya Hindu-Jawa yang pekat dan tidak menampakkan langsung pengaruh Islam. Cerita panji ialah cerita sastera istana yang berfokus kepada keperihalan hidup dan budaya istana. Cerita panji dikatakan sebagai sebuah epik kerana ceritanya yang panjang dan bersifat kewiraan, dan cerita ini dianggap sebuah roman kerana sarat dengan tema percintaan. Ceritanya berkisar tentang empat buah kerajaan Jawa, iaitu Koripan, Daha, Gagelang dan Kediri. Temanya berfokus pada percintaan antara Raden Inu, iaitu Puteri Ratu Koripan dengan Chandera Kirana, iaitu Puteri Ratu Daha. Cerita Panji disampaikan dalam bentuk prosa dan puisi. Cerita ini juga dikenali dalam bentuk puisi kidung di Jawa dan bentuk syair di Semenanjung yang muncul dalam pelbagai tajuk seperti Hikayat Panji Semerang, Hikayat Andaken Penurat dan Syair Ken Tambuhan. Kini, cerita Panji bukan sahaja popular di Jawa dan Bali, tetapi juga di Sumatera, Borneo, Sulawesi, Semenanjung Tanah Melayu, Siam, Burma dan Kemboja. Cerita panji disebut juga sebagai epik panji atau roman panji. Lihat juga epik, kidung. |