grammatology | gramatologi | Kesusasteraan | Tiada | Sains tentang lambang tulisan atau teori umum tentang tulisan. Lambang dan makna tidak semestinya sama, khususnya dalam penulisan sastera. Lambang tidak semestinya membawa makna yang muktamad bahkan berbeza dan bertunda. Konsep ini diperkenalkan oleh Jacques Derrida melalui bukunya, Of Grammatology (1967), Writing and Difference (1967), dan Speech and Phenomena (1967). Lihat juga fonosentrisme. |
non-partisan support | sokongan tidak berpihak | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu bentuk sokongan yang tidak semestinya terikat dengan sesuatu pihak. Sokongan ini bersifat individu atau kelompok. Individu atau kelompok yang terlibat masih boleh membuat pemilihan dalam pilihanraya. Contohnya, sokongan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terhadap parti pembangkang atau pemerintah merupakan sokongan tidak berpihak. |
peer group | kelompok sebaya | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelompok yang seangkatan umurnya. Kelompok ini tidak semestinya terdiri daripada satu kaum, tempat tinggal atau kelas sosial yang setara tetapi mereka berada dalam lingkungan umur yang sama. Kelompok sebaya ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik apabila cenderung pengaruh-mempengaruhi sesama mereka. Pengaruh sekolah dan ibu bapa yang selama ini ditanam dalam jiwa anak muda boleh berubah apabila mereka telah bercampur dengan kelompok sebaya. Golongan pelajar ketika di universiti dianggap sebagai kelompok sebaya yang sangat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Sinonim kelompok setara. |
episodic | episodik | Kesusasteraan | Tiada | Berkenaan dengan binaan naratif yang terdiri daripada beberapa peristiwa yang saling berkait dan tidak semestinya mengikut kronologi. |
distance teaching | pengajaran jarak jauh | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sistem pengajaran secara jarak jauh yang pelajar dan pengajar tidak semestinya sentiasa bersemuka secara fizikal. Lihat juga pembelajaran jarak jauh. |
confessional poetry | puisi pengakuan | Kesusasteraan | Puisi | Puisi kisahan yang mengandungi suatu pengakuan yang sangat peribadi sifatnya. Pengakuan itu tidak semestinya dilafazkan oleh pengarang, tetapi mungkin juga oleh watak dalam puisi itu. Contohnya, puisi "Nyanyian Angsa" dan "Sajak Anak Muda" karya W.S. Rendra. |
tax burden | beban cukai | Ekonomi | Tiada | Jumlah tanggungan cukai yang terakhir yang perlu dibayar oleh penanggung sebenar. Beban cukai tidak semestinya ditanggung oleh pembayar cukai yang asal, tetapi boleh dipindahkan kepada orang lain. Misalnya, beban cukai pendapatan yang ditanggung sepenuhnya oleh pembayar berbeza dengan cukai eksais yang pada mulanya dibayar oleh pengeluar, tetapi dapat dipindahkan sebahagiannya atau sepenuhnya kepada pengguna. |
reciprocity | kesalingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan antara dua pihak yang saling membantu antara satu sama lain. Hubungan ini tidak semestinya sentiasa berjalan tetapi apabila satu pihak memerlukan bantuan, pihak satu lagi sedia membantu dan demikian juga sebaliknya. Keadaan ini wujud kerana semangat setia kawan yang tinggi dan kesedaran pentingnya rakan yang boleh membantu apabila diperlukan. Contohnya, hubungan UMNO dan MCA kesalingan. Sinonim timbal balik. |
shoestring district | daerah berbelanjawan kecil | Sains Politik | Politik Perbandingan | Wilayah yang mendapat atau menggunakan belanjawan yang sedikit walaupun wilayah tersebut tidak semestinya bersaiz kecil. Peruntukan yang kecil menyebabkan wilayah ini tidak mempunyai pembangunan yang pesat, infrastruktur yang hebat serta aktiviti ekonomi yang rancak. Perkembangannya sederhana selaras dengan perbelanjaan yang digunakan. Kebanyakan kawasan yang memilih calon pembangkang dalam pilihan raya sering menjadi kawasan yang berbelanjawan kecil apabila tindakan kerajaan negeri dan pusat meminggirkan proses pembangunan kawasan tersebut. |
distance education | pendidikan jarak jauh | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sistem pembelajaran dan pengajaran secara jarak jauh yang pelajar dan pengajar tidak semestinya sentiasa bersemuka secara fizikal. Lihat juga pembelajaran jarak jauh. |