web-based seminar | seminar berasas web | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Lihat webinar. |
web-based seminar/webinar | seminar berasaskan web/webinar | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Seminar yang dilangsungkan melalui web atau sesawang dengan menggunakan platform media sosial seperti Google Meet, Facebook dan sebagainya. |
webinar | webinar | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Singkatan bagi seminar berasaskan web. Seminar yang dikendalikan menerusi Internet pada hampir masa nyata. Webinar mempunyai elemen interaktif yang membenarkan pembentang/pengajar dan peserta/pelajar dari pelbagai lokasi berkongsi dokumen, audio, video atau slaid. Webinar boleh dirakam untuk siaran tertunda, tetapi akan kehilangan elemen interaktif yang juga dikenali sebagai siar web. Lihat juga siar web. |
bleisure travel | kerja sambil riadah | Pelancongan | Tiada | Perjalanan seseorang yang melibatkan kerja rasmi seperti menghadiri mesyuarat, seminar tetapi turut mengambil peluang untuk menikmati destinasi berikutnya sebagai pengalaman rekreasi. |
web conference | sidang web | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pertemuan dalam talian berasaskan web yang membolehkan pengguna mengadakan perbincangan, mesyuarat, seminar perniagaan, latihan jarak jauh, pembentangan persembahan, sesi pembelajaran atau aktiviti sokongan pelanggan. Sidang web juga membolehkan perkongsian skrin komputer, aplikasi atau kandungan berasaskan web dalam masa nyata antara dua atau lebih komputer atau peranti mudah alih. Fungsian tambahan sidang web juga membenarkan capaian jauh komputer, berbalas mesej, bertukar fail, berhubung menerusi papan putih digital, serta bersiaran secara langsung kepada penonton pasif. Contohnya, WebEx, GoToMeeting, Zoom, Skype dan MultiPeople. Lihat juga telesidang, telesidang video. |
audiolecture | audiokuliah | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bahan pembelajaran berbentuk audio hasil daripada proses rakaman dan pengarkiban kandungan kuliah, syarahan, persidangan atau seminar. Lihat juga siar pod, webinar. |
teleconferencing | telesidang | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pertemuan dua hala yang interaktif dan dinamik antara individu secara serentak di beberapa lokasi menerusi medium telekomunikasi yang membolehkan mereka mengadakan perbincangan, mesyuarat, seminar perniagaan, latihan jarak jauh, pembentangan persembahan, sesi pembelajaran atau aktiviti sokongan pelanggan. Terdapat pelbagai jenis media telesidang seperti audio, audiografik, komputer, web, video dan televisyen. Telesidang sering digunakan dalam pendidikan jarak jauh. |
crime awareness campaign | kempen kesedaran jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Usaha penyebaran pengetahuan atau kefahaman mengenai jenayah kepada masyarakat umum tentang kepentingan pencegahan jenayah dan langkah-langkah untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa jenayah. Contohnya, pemakluman umum melalui media, forum atau seminar tentang pencegahan jenayah. |