anaerobic exercise | senaman anaerobik | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Aktiviti fizikal yang tidak memerlukan kehadiran oksigen untuk meningkatkan kadar degupan jantung di samping menguatkan otot dan meningkatkan pergerakan sendi. Antara contoh senaman anaerobik ialah senaman tekan tubi dan angkat berat. Banding senaman aerobik. |
exercise | latihan; senaman; menjalankan | Perubatan | Tiada | 2. Senaman: Latihan gerak badan atau senaman untuk memperbaiki kesihatan atau kecacatan fizikal. |
Kegel exercise | senaman Kegel | Perubatan | Tiada | Senaman untuk menguatkan otot pelvik-vaginal bagi wanita yang mengalami inkontinens stres. Caranya adalah dengan duduk mencangkung dengan kedua-dua paha direnggangkan dan mengempiskan otot abdomen dan mengemut otot-otot pelvis. Senaman ini juga boleh membantu menguatkan otot dan proses pelahiran. |
aerobic exercise | senaman aerobik | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Aktiviti fizikal yang memerlukan kehadiran oksigen untuk meningkatkan kadar degupan jantung dan mengekalkan sistem kardiovaskular yang sihat. Antara contoh senaman aerobik ialah berjalan, berjoging, berbasikal dan menari. Banding senaman anaerobik. |
isotonic exercise | senaman isotonik | Gerontologi | Tiada | Senaman aktif tanpa perubahan daya pengecutan otot yang nyata, yang melibatkan pemendekan atau pemanjangan otot. |
Kegel exercise | senaman Kegel | Gerontologi | Tiada | Senaman untuk menguatkan pelantar pelvik. |
resistance exercise | senaman rintangan | Gerontologi | Tiada | Senaman yang menggunakan rintangan untuk meningkatkan kekuatan otot. |
voluntary exercise | senaman pilihan | Sukan | Tiada | Rangkaian senaman yang dipilih oleh gimnas untuk dilakukan pada pertandingan lantai, pada sukan gimnastik. |
resistance exercise | senaman rintangan | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | senaman rintangan (Ig. resistance exercise) Aktiviti fizikal yang menggunakan kekuatan otot untuk mengangkat berat atau menjalankan kerja melawan beban rintangan. Berat badan seseorang juga boleh digunakan bagi membekalkan rintangan seperti apabila seseorang melakukan aktiviti bangkit tubi dan mendagu. |
weight-bearing exercise | senaman menahan beratan | Gerontologi | Tiada | Senaman yang dilakukan dengan cara menyokong berat badan semasa berdiri. Contohnya, berlari dan berjalan. |