exteroceptor | eksteroseptor | Sains Sukan | Biomekanik | Jenis reseptor yang sensitif terhadap rangsangan sensori yang diterima daripada luar tubuh. Contoh eksteroseptor ialah reseptor penerima gelombang suara (pada alat pendengaran) dan reseptor cahaya (mata). |
interoceptor | interoseptor | Sains Sukan | Biomekanik | Jenis reseptor yang sensitif terhadap rangsangan sensori yang diterima daripada dalam tubuh. Contoh interoseptor ialah kemoreseptor (reseptor yang menerima rangsangan yang berupa rangsangan zat kimia), berfungsi untuk memantau pH, kadar gula dan kadar kalsium dalam cairan tubuh. |
engine thermostat | termostat enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti mekanikal yang sensitif terhadap perubahan suhu, yang dipasang di bahagian keluaran bendalir pendingin, yang mengalir meninggalkan blok enjin. Peranti ini mengembang dan menguncup bergantung pada suhu bendalir pendingin dan menyebabkan tindakan buka-tutup di bahagian keluaran serta mengawal amaun bendalir pendingin yang dibiarkan meninggalkan enjin. |
feeling type tourist | pelancong mudah terasa | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang mempunyai perasaan sensitif terhadap suasana tempat yang dilawati, seperti gembira, sedih atau terharu. |
hot-idle compensator | pemampas pelahu panas | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Injap dalam karburetor yang sensitif dengan suhu dan terbuka apabila suhu udara masukan mencapai lebih daripada aras tertentu. Proses ini hanya berlaku semasa enjin melahu dan menyebabkan lebih banyak udara tambahan dibenarkan memasuki pancarongga pengambilan melalui laluan udara tambahan. Keadaan ini bertujuan mengelakkan nisbah udara-bahan api daripada menjadi melampau. Sinonim pemampas melahu. |
sharenting | amalan menunjuk-nunjuk anak | Sosiologi Keluarga | Tiada | Amalan ibu bapa berkongsi kandungan sensitif atau privasi anak mereka di platform media sosial. |
phishing | pancing data | Komputer | Tiada | Cubaan dengan niat jahat dan menyalahi peraturan untuk mendapatkan maklumat sensitif dalam talian seperti nama pengguna, kata laluan dan kad kredit, dengan menyamar sebagai entiti sah. |
directional microphone | mikrofon berarah | Sains Kesihatan | Tiada | Mikrofon pada alat bantu pendengaran yang dicipta khusus untuk membolehkan alat bantu pendengaran tersebut sensitif terhadap sumber bunyi dari hadapan. |
interest group | kelompok sekepentingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan ahlinya. Mereka ini amat sensitif terhadap perkembangan kepentingan yang diperjuangkannya. Kumpulan ini boleh mempengaruhi proses penggubalan sesuatu dasar kerajaan tetapi tidak terlibat secara langsung dalam proses pembentukan kerajaan. Pergerakan kelompok ini adalah untuk kepentingan awam secara keseluruhannya tetapi secara spesifik bergerak untuk kepentingan yang lebih khusus seperti memelihara alam sekitar, peminat seni, pendukung kepentingan wanita, pejuang kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan dalam melaksanakan perjuangannya dengan pelbagai cara seperti melobi, menulis surat kepada pihak berkuasa, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, menganjurkan demonstrasi dan berbagai-bagai program kempen. Contohnya, Sahabat Alam Malaysia untuk alam sekitar dan Tenaganita untuk kepentingan kaum wanita. Sinonim kumpulan berkepentingan. |
accreditation authority | pihak berkuasa akreditasi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Pihak berkuasa yang mengakreditasi penggunaan sistem rangkaian komputer dalam memproses maklumat termasuk maklumat yang sensitif dalam persekitaran yang dibenarkan. |