context sensitivity | sensitiviti konteks | Pendidikan | Tiada | Kepekaan kepada perkara sebelum dan selepas situasi yang dikaji. |
food sensitivity | sensitiviti makanan | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Tindak balas ringan terhadap sesuatu bahan dalam makanan yang diambil dan dicirikan dengan sedikit kegatalan atau kemerahan pada kulit. |
phenotypic resistance | rintangan fenotip | AIDS | Tiada | Penurunan sensitiviti HIV terhadap ubat tertentu berdasarkan IC50. |
allergy | alergi | Perubatan | Tiada | Keadaan seseorang yang mengalami sensitiviti yang luar biasa apabila terdedah kepada alergen, seterusnya menghasilkan ciri alergi seperti ruam, gatal dan menyebabkan penyempitan salur pernafasan. |
desensitization | penyahpekaan | Psikologi | Psikologi Umum | Proses untuk mengurangkan sensitiviti atau kereaktifan individu. Contohnya, individu yang sangat sensitif boleh dikurangkan emosinya jika diberikan kaunseling melalui prosedur penyahpekaan. |
bronchial lavage | lavaj bronkus | Perubatan | Tiada | Prosedur membersihkan bronkus untuk menghilangkan kotoran seperti cecair, lendir dan kuman. Sampel lavaj biasanya diambil untuk ujian kultur dan sensitiviti mikroorganisma. |
public accountability | akauntabiliti awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kebertanggungjawaban masyarakat untuk saling bekerjasama dalam memelihara kepentingan dan keharmonian di persekitaran mereka. Antara elemen utama akauntabiliti awam ialah penyertaan aktif masyarakat, sensitiviti terhadap keselamatan orang ramai, kesedaran menjaga kebersihan dan kemudahan prasarana serta pemupukan nilai kemasyarakatan. Akauntabiliti awam dilihat sebagai pemangkin dalam menjana kehidupan masyarakat yang lebih teratur, berdisiplin, bermoral dan maju. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan generasi yang peka terhadap kepentingan nilai dan norma kehidupan yang lebih positif dan berdaya saing. Peningkatan kesedaran akauntabiliti awam akan mengurangkan gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat seperti vandalisme, gangsterisme, ponteng sekolah, rasuah atau penyalahgunaan kuasa. |
minimal bacteriacidal concentration (MBC) | kepekatan bakteriasidal minimum (MBC) | Perubatan | Tiada | Ujian untuk mendapatkan kepekatan antibiotik terendah yang dapat membunuh 99.9 % inokulum asal bakteria dalam jangka masa tertentu. MBC memberi gambaran yang lebih tepat berkenaan sensitiviti bakteria berbanding dengan teknik difusi cakera, tetapi ia memerlukan kos yang lebih mahal dan kaedah yang lebih rumit. |
kiasan | kiasan | Kesusasteraan | Tiada | Ungkapan yang digunakan untuk mengatai dan mengejek seseorang tidak dengan berterus terang. Kiasan juga digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara secara bandingan, sama ada dengan menyebut bandingannya atau sebaliknya. Kiasan mempunyai perkataan sebanding dengan kinayah dalam bahasa Arab, dan kinayah merupakan salah satu aspek ilmu al-bayan (retorika). Namun, kisah berbeza dengan kinayah kerana kiasan mampu menjelaskan lagi maksud sesuatu perkara atau dapat memberikan makna dan kesan yang khusus kepada pengucapnya, sedangkan kinayah digunakan untuk tujuan bombastik atau penekanan untuk menggambarkan sifat mulia dan keberanian seseorang. Kiasan mempunyai persamaan dengan eufemisme dari sudut gambaran sifat sensitiviti, kesopanan dan rasa malu penuturnya untuk mengelakkannya daripada menyinggung perasaan orang lain. |
anaphylactic shock | kejutan anafilaksis | Farmasi | Farmakologi | Tindak balas alahan teruk yang berlaku secara tiba-tiba dan kadangkalaboleh membawamaut Ciri-ciri kejutan anafilaksis yang dikenal pasti adalah seperti penurunan mendadak pada tekanan darah disebabkan pengembangan salur darah, urtikaria dan kesukaran bernafas akibat kekejangan bronkus yang disebabkan oleh pendedahan kepada sesuatu bahan asing seperti drug, vaksin dan bisa serangga seperti lebah. Individu yang mengalaminya biasanya pemah terdedah kepada bahan-bahan tersebut pada peringkat awal. Bahanbahan tersebut bertindak sebagai antigen, merangsang tindak balas imun permulaan semasa pendedahan yang pertama, menyebabkan tindak balas serta-merta yang lebih teruk semasa pendedahan kedua. Tindak balas pada pendedahan kedua ini dikenali sebagai reaksi hipersensitiviti serta-merta. Reaksi tersebut boleh mengakibatkan maut jika rawatan kecemasan seperti suntikan epinefrina tidak diberi segera. lndividu yang mengalami alahan ini selalunya mempunyai sensitiviti yang melampau terhadap kehadiran sesuatu ba |