specific resistance | kerintangan tentu | Kimia | Kimia Analisis | Kerintangan konduktor yang mempunyai ukuran satu sentimeter panjang, dan satu sentimeter persegi luas keratan rentasnya. |
cubic centimenter (cc) | sentimeter padu (cm�) | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Unit isi padu dalam sistem metrik. 1 sentimeter padu (1 cm�) sama dengan 0.061 in�. Unit ini digunakan untuk mengukur keupayaan enjin. |
engine displacement | sesaran enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Isi padu sapuan dalam unit sentimeter padu (cc) unit liter yang dijanakan oleh gerakan omboh dalam gerek silinder e semasa omboh membentuk satu lejang yang lengkap. Bagi enjin multisilinder, isi padu sapuan dijumlahkan mengikut bilangan silinder. Contohnya, enjin CamPro 1.6 liter mempunyai isi padu sapuan 1597 cc. |
rill erosion | hakisan gegalur | Herba | Tiada | Sejenis hakisan tanah ladang herba akibat penumpuan larian air hujan atau pengairan yang membentuk alur kecil berukuran hanya beberapa sentimeter dalam dan lebar, dan bersifat sementara. Hakisan tanah perlu dikawal untuk mengurangkan kemusnahan tanaman herba. |
engine displacement | sesaran enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Jumlah sesaran keseluruhan dan bersamaan hasil darab sesaran omboh dengan bilangan silinder. Sesaran enjin diungkapkan dalam unit cc yang bermaksud sentimeter padu atau liter. Contohnya, enjin kereta 1600 cc bersamaan dengan 1.6 liter. |
Near-Field Communication (NFC) | Komunikasi Medan Dekat | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Teknologi berasaskan set protokol komunikasi yang membolehkan dua peranti elektronik (salah satunya bersifat mudah alih seperti telefon pintar) berhubung secara dekat dalam lingkungan jarak empat sentimeter. Teknologi NFC memudahkan dan mempercepat pindahan maklumat antara peranti dengan sekali sentuhan sahaja seperti pembayaran bil, penukaran kad perniagaan, memuat turun kupon, atau berkongsi kertas penyelidikan. |
clearance volume | isi padu legaan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Isi padu dalam silinder semasa omboh berada pada kedudukan takat tinggi atas. Ruang ini terbentuk antara permukaan mahkota omboh dengan bahagian atas kebuk pembakaran dan merupakan isi padu kebuk pembakaran minimum yang boleh dicapai. Isi padu ini biasanya dinyatakan dalam unit sentimeter padu (cc). |
displacement | sesaran | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Isi padu yang dihasilkan oleh gerakan omboh dalam silinder enjin dari takat terakhir bawah ke takat terakhir atas. Sesaran ialah jumlah isi padu udara yang mampu disedut oleh silinder enjin sebelum proses mampatan berlaku. Sesaran dikira dengan mendarabkan lejang omboh dengan luas keratan rentas lubang silinder dan biasanya diungkapkan dalam unit cc yang bermaksud sentimeter padu. |