valve grinding | pencanaian injap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Proses membentuk semula dan melicinkan muka injap pada sudut tertentu secara mencanai dengan mesin canai yang khusus. Proses ini memastikan sentuhan yang sempurna antara muka injap dengan dudukannya. Pencanaian ini dibuat pada sudut interferens yang biasanya 0.5° supaya menghasilkan sentuhan sempurna semasa enjin dalam keadaan panas. |
molest | cabul | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sentuhan, serangan atau penderaan secara fizikal yang dianggap keji dan melanggar adat kebiasaan yang dilakukan tanpa kerelaan mangsa. |
sexual molestation | pencabulan seksual | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sentuhan, serangan atau penderaan secara seksual yang dianggap keji dan melanggar adat kebiasaan yang dilakukan tanpa kerelaan mangsa. |
interface | antara muka | Perubatan | Tiada | Antara muka: Kawasan sentuhan antara dinding kaviti di gigi dan restorasi. |
altered tactile | taktil terubah | Kejururawatan | Tiada | Keupayaan merasai sentuhan yang berubah akibat gangguan deria taktil. |
assault | serangan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan menyerang yang tidak melibatkan sentuhan, termasuklah percubaan memukul atau dengan tindakan atau perkataan yang menyebabkan ketakutan kepada mangsa. |
acute battering | pukulan akut | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Serangan fizikal yang melibatkan sentuhan kekerasan, termasuklah memukul, menumbuk atau menampar mangsa. Serangan tersebut berlaku tanpa dapat diramal oleh mangsa dan di luar kawalan mangsa. |
aggravated battery | serang sentuh teruk | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Serangan yang melibatkan sentuhan fizikal yang teruk seperti memukul, menumbuk atau menampar, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah. Serangan ini juga boleh berlaku dengan menggunakan senjata seperti pisau atau objek tumpul. |
criminal assault | amang jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Serangan yang tidak melibatkan sentuhan, termasuklah percubaan memukul atau dengan tindakan atau perkataan, yang melanggar undang-undang dan menyebabkan ketakutan kepada mangsa. |
hallucination | halusinasi | Kejururawatan | Tiada | Persepsi sensori penglihatan, pendengaran, penghiduan, rasa atau sentuhan tentang sesuatu yang tidak wujud. Keadaan ini mungkin dialami oleh pesakit mental atau kesan sampingan sesetengah ubat. |