Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pan.jang] | سڤنجڠ

Definisi : 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~ tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2. segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa Melayu; ~ yg ketahui oleh mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pan.jang] | سڤنجڠ

Definisi : 1 tempat mengikut panjang sesuatu benda; sejauh: Raja Haji memerintah rakyatnya membuat kubu di ~ pantai. 2 dr awal hingga ke akhir; tidak terputus masanya; segenap: Sesiapa yg berbuat jasa, mulia namanya ~ masa. 3 menurut apa-apa yg ada pd; berdasar pd: ~ pengetahuanku, mereka tidak pernah datang ke sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,

Puisi
 

Memburu rusa di tepi bukit,
     Rusa diburu sepanjang hari;
Malu bukan satu penyakit,
     Ubatnya tentu payah nak cari.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     sekenyang-kenyang banteng.

Bermaksud :

Tidak ada daya upaya lagi.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
laypuisi dendangKesusasteraanPuisiPuisi yang diciptakan untuk dinyanyikan dengan tujuan menghiburkan khalayak. Antara contoh puisi yang dilagukan ialah puisi "Sepanjang Jalan" karya Zurinah Hassan. Sepanjang jalan ke Pulau Pinang laut mengimbau sayu ombak-ombak ini hatiku berhasrat tiada tepi pecah di pantai berbuih cuma . Sepanjang jalan ke Pulau Pinang hujan memberi Iagu angin menampar ke tiap ruang rasa berhiba-hiba awan pilu.
shorepesisirSains MarinTiadaTanah atau kawasan di sepanjang pinggir laut, tasik dan sungai yang luas di sepanjang pinggir jasad air.
surface wavegelombang permukaanSains MarinTiadaGelombang mekanikal yang menyebar di sepanjang muka antara media yang berbeza. Contohnya, gelombang graviti di sepanjang permukaan cecair seperti gelombang lautan. Gelombang graviti juga boleh berlaku dalam cecair, iaitu antara dua cecair dengan kepadatan yang berlainan.
lifetime policypolisi sepanjang hayatinsuransTiada1. Polisi insurans hayat sementara yang dijamin pembaharuannya atau tidak boleh dibatalkan sehingga insured berumur 65 tahun atau tarikh terkemudian yang ditetapkan. 2. Polisi yang membayar faedah hilang upaya sepanjang hayat.
mud flatkukup lumpurSains MarinTiadaKawasan lodak halus yang berkeadaan rata di sepanjang pesisir atau di sekeliling pulau. Kawasan lumpur ini ditimbunkan oleh air di sepanjang pantai laut atau di tebing sungai. Lihat juga kukup.
flood-control worksbinaan kawalan-banjirHidrologiTiadaPermatang, tebing atau binaan lain di sepanjang sungai yang direka bentuk untuk mengehadkan banjir kepada suatu alur tertentu atau waduk kawalan banjir atau menghalakannya di sepanjang laluan banjir yang dirancang. (GHM)
whole-life insuranceinsurans hayat seumur hidupinsuransTiadaInsurans yang berkuat kuasa sepanjang hayat seseorang insured dan pembayaran faedahnya dibuat apabila insured meninggal dunia. Polisi jenis ini mempunyai nilai tidak lucut hak dan pembayaran premium boleh dibayar secara premium tunggal, premium terhad atau premium sepanjang hayat.
longshore drifthanyutan susur pesisirSains MarinTiadaSedimen yang bergerak disebabkan oleh tindakan arus pesisir yang terdiri daripada pengangkutan sedimen (lodak, lempung dan pasir) di sepanjang pesisir yang selari dengan pantai mengikut arah tiupan angin. Angin yang datang akan menekan air di sepanjang pesisir dan menjana arus yang mengalir selari dengan garis pantai.
continuous fixed support (beam)(balak) terikat sepanjangKejuruteraanTiadaTiada
waterfronttepian airSosiologiTiadaKawasan di sepanjang tepian badan air (seperti sungai atau tasik) yang direka bentuk khas.
12345678910...

Kembali ke atas