normative economics | ekonomi normatif | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang menggunakan pertimbangan nilai tentang barang dan perkhidmatan yang sepatutnya dikeluarkan supaya memenuhi keperluan masyarakat, bagaimana kaedah pengeluaran sepatutnya dijalankan dengan lebih cekap, dan kepada siapa barang dan perkhidmatan sepatutnya diagihkan supaya perkhidmatan lebih adil dan saksama. Misalnya, ekonomi kebajikan. |
overeating | lampau makan | Sains Kesihatan | Tiada | Pengambilan makanan yang melebihi daripada sepatutnya. |
anhedonia | anhedonia | Perubatan | Psikiatri | Ketidakupayaan untuk merasai kebahagiaan atau kenikmatan yang sepatutnya. |
insomnia | gangguan tidur | Herba | Fitoterapi | Kesukaran tidur atau tidur yang terganggu selama tempoh yang sepatutnya. |
decode | nyahkod | Sains Kesihatan | Tiada | Menerima dan menterjemahkan bunyi, ayat atau perkataan kepada makna yang sepatutnya. |
delayed languange | lewat bertutur | Sains Kesihatan | Tiada | Kegagalan individu untuk bertutur pada peringkat umur yang sepatutnya disebabkan oleh kecacatan fizikal atau masalah persekitaran. |
hellaflush tyre | tayar kangkang | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Tayar yang berada pada kedudukan terkeluar daripada ruang roda yang sepatutnya kerana pemilik kenderaan menggunakan rim yang lebih lebar daripada tayar tersebut sehingga menyebabkan tayar itu perlu ditarik ketika dipadankan pada rim dan berada dalam posisi senget atau condong. Tujuannya adalah untuk merendahkan kenderaan sehingga tayar tersebut kelihatan seperti terkangkang. Penggunaan tayar kangkang pada kenderaan boleh menjejaskan kecekapan tayar ketika membrek, terutama pada permukaan yang basah dan mengurangkan jangka hayat tayar. |

lack of initiative | kurang inisiatif | Kejururawatan | Tiada | Kekurangan daya usaha untuk membuat keputusan dan bertindak sendiri dengan sepatutnya. |
action slip | penyelewengan aksi | Sains Sukan | Biomekanik | Perlakuan motor yang tidak sesuai dengan objektif pergerakannya. Contohnya, seorang pemain sepatutnya menanduk bola dengan kepala untuk merejam, tetapi sebaliknya menggunakan kaki. |