optionally renewable | boleh baharu beropsyen | insurans | Tiada | Kontrak insurans kesihatan yang memberi insurer sepenuh hak untuk membatalkan perlindungan pada ulang tahun atau dalam beberapa hal, pada tarikh premium patut dibayar. Insurer tidak berhak berbuat demikian pada masa di antara tarikh tersebut. |
hardcore nature tourist | pelancong pencinta alam tegar | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang mencintai alam sekitar dengan sepenuh hati. |
albinism | albinisme | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Gangguan kongenital sejak lahir atau bawaan yang disebabkan oleh ketiadaan sepenuh atau sebahagian pigmen pada kulit, rambut dan mata. Keadaan ini disebabkan oleh ketiadaan atau kecacatan tirosinase yang bertanggungjawab dalam pengeluaran melanin. Albinisme terhasil daripada pewarisan alel gen resesif dan memberikan kesan kepada semua vertebrat, termasuk manusia. |
panoramic techniques | teknik panoramik | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Salah satu teknik dedahan radiografi yang digunakan dengan mendedahkan seberapa banyak objek secara serentak atau sepenuh lilitan silinder kepada punca sinaran. |
political will | kemahuan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Semangat perjuangan yang kental bagi merealisasikan sesuatu cita-cita politik. Kesungguhan politik ini terbentuk apabila individu atau sesebuah organisasi bergerak sepenuh masa, tenaga dan ikhtiar untuk mencapai cita-cita politiknya. Walaupun ia mungkin menghadapi rintangan, sekatan, kesusahan atau cabaran, namun perjuangan yang berterusan tanpa takut dan putus asa telah menunjukkan kesungguhan politik yang kuat. Kesungguhan ini semata-mata kerana matlamat idealisme politiknya dan bukan kerana kepentingan peribadi, keuntungan ekonomi atau jawatan. Contohnya, Mahatma Gandhi memiliki kesungguhan politik yang tulen semasa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan India dan setelah berjaya, beliau tidak mahu menjadi perdana menteri. Sinonim kesungguhan politik. |
kingship | pemerintahan beraja | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan raja sebagai pemerintah yang berkuasa mutlak dalam sesebuah negara. Pemerintahan ini meletakkan raja sebagai sumber kuasa atau menguasai penggubalan undang-undang. Raja juga mengetuai pemerintahan atau badan kabinet dan memiliki sepenuh kuasa ke atas mahkamah atau badan yang mengadili undang-undang. Segala aspek pemerintahan seperti dasar ekonomi negara, perjalanan pentadbiran, kebebasan media, sistem pendidikan dan kewangan ditentukan oleh pihak istana. Penggantian kuasa dalam negara seperti ini melalui sistem keturunan atau warisan. Contohnya, negara Brunei Darussalam. |
employee insurance | insurans pekerja penting | insurans | Tiada | 1. Insurans hayat atau insurans kesihatan bagi pekerja penting untuk melindungi kerugian kewangan yang akan dihadapi oleh majikan jika khidmat pekerja tersebut terhenti. Polisi tersebut dimiliki dan premium dibayar oleh majikan. 2. Dalam insurans kesihatan, istilah ini digunakan juga untuk menunjukkan Insurans Gaji Berterusan atau pelan faedah perubatan yang dibayar kepada pekerja penting dengan premium dibiayai sepenuh atau sebahagiannya oleh majikan. |