musical instrument | alat muzik | Kesenian | Tiada | Peralatan yang dicipta untuk menghasilkan bunyi seperti mana yang dikehendaki. |
diplochromosome | diplokromosom | Biologi | Histologi dan Sitologi | Kromosom ganjil yang mempunyai empat kromatid bukan dua seperti mana biasa , yang melekat pada sentromer. |
distinction principle | prinsip pembezaan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Salah satu prinsip yang perlu diikuti oleh pihak-pihak berperang seperti mana yang digariskan dalam cara berperang menurut undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Prinsip ini membezakan pihak yang terlibat dengan perang, iaitu penempur dan objek ketenteraan dengan orang awam dan objek awam. Prinsip ini perlu bagi mengetahui apakah perkara yang boleh dan perkara yang tidak boleh dijadikan sasaran perang. Menurut prinsip ini, orang awam dan objek awam tidak boleh dijadikan sasaran perang walaupun atas alasan untuk membalas serangan. Pihak-pihak yang bersengketa seharusnya dapat membezakan antara penempur dengan orang awam supaya dapat menyelamatkan orang awam dan objek awam yang tidak terlibat dengan perang. |
littoral state | negara pesisir | Undang-undang | Tiada | Negara yang mempunyai pantai. Negara pesisir mempunyai kedaulatan di perairan pedalaman dan laut wilayah, serta hak dan kewajipan di zon ekonomi eksklusif dan pelantar benua, seperti mana diperuntukkan dalam Konvensyen Undang-Undang Laut PBB 1982. |
benchmarking | penandaarasan | Pengurusan | Perancangan | Proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenal pasti dan membandingkan prestasi sesebuah organisasi dengan prestasi organisasi lain yang dianggap mempunyai amalan terbaik. Penandaarasan bertujuan untuk memperbaik mutu atau prestasi seperti mana yang telah dicapai oleh organisasi yang berkenaan. Contoh aktiviti penandaarasan yang berjaya ialah sebuah syarikat cetakan pendua dari Amerika Syarikat yang berjaya memperbaik prestasi perkhidmatannya dengan merujuk kepada amalan terbaik syarikat-syarikat pesaing dari Jepun. |
proportionality principle | prinsip perkadaran | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Salah satu prinsip yang perlu diikuti oleh pihak-pihak berperang seperti mana yang digariskan dalam cara berperang menurut undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Menurut prinsip perkadaran, sesuatu tindakan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kemusnahan yang mungkin dialami oleh penduduk awam seharusnya mempunyai kadar yang minimum sifatnya dan tidak berlebihan semasa melakukan serangan terhadap sasaran tentera. Tentera hendaklah mempertimbangkan semua pilihan apabila membuat keputusan mensasarkan, seperti mengesahkan sasaran, memilih masa, memilih senjata, dan amaran dan pemindahan penduduk awam. |
belligerent | pihak berperang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Individu, kumpulan, negara atau entiti lain yang bermusuhan dan terlibat dalam pertempuran. Terdapat negara yang sering terlibat dalam peperangan dengan menggunakan hujah bahawa mereka berhak mempertahankan diri seperti mana yang termaktub dalam Perkara 51 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Undang-undang antarabangsa memperuntukkan hak dan tanggungjawab tertentu kepada dua atau lebih entiti, amnya negara berdaulat yang terlibat dalam peperangan. |
hand props | alatan bimbit | Komunikasi | Tiada | Kelengkapan atau peralatan kecil yang mudah dibawa ke mana-mana seperti beg, telefon, buku dan sebagainya. |
legitimate means | cara sah | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Cara yang menurut peruntukan undang-undang dan peraturan. Sesuatu norma atau susunan sesuatu institusi diterima sebagai sah jika ia mendapat kelulusan daripada sesuatu komuniti. Cara sah sering dikaitkan dengan demokrasi, keadilan atau pentadbiran yang baik. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, cara sah adalah apabila sesebuah komuniti, seperti mana-mana kesatuan serantau misalnya Kesatuan Eropah atau ASEAN menerima sesuatu amalan itu sebagai sesuatu yang sah. Contohnya, suatu perjanjian yang menetapkan sekiranya terdapat persengketaan antara pihak yang terlibat berkaitan maksud peruntukan dalam sesuatu perjanjian, maka pihak-pihak bersengketa tersebut hendaklah membawa persengketaan itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk diselesaikan. Dalam hal ini, sekiranya kedua-dua pihak bersengketa membawa kes berkenaan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa, maka hal itu bererti mereka telah menggunakan cara sah untuk menyelesaikan persengketaan. Sebaliknya, sekiranya salah satu pihak bersengketa |
portable computer | komputer mudah alih | Teknologi Maklumat | Tiada | Komputer yang direka bentuk khas untuk mudah dibawa ke mana-mana seperti komputer buku nota, komputer riba dan komputer telapak. |