Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seperti (kata tugas)
Bersinonim dengan laksana, ibarat, umpama, bak, bagaikan, macam, serupa.,

Puisi
 

Orang Kedah timbang neraca,
     Seperti dacing negeri Kelantan;
Kalau sudah nasib kaca,
     Terikat di cincin dikata intan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sehari kahwin,
     sehari tua;
sehari beranak,
     sehari gila.

Bermaksud :

Orang muda yang sudah kahwin dianggap sudah masuk golongan tua (fikiran dan kelakuan), pada waktu dapat anak gembiralah ia seperti gila.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rattanrotanKesenianHiasan DalamanSejenis tumbuhan palma memanjat yang terdapat di kawasan Asia. Rotan yang sudah dikeringkan dianyam untuk membuat tikar, bakul, raga, kerusi, perabot dan peralatan perhiasan. Biasanya, batang rotan dikupas dan kulitnya dijadikan bahan anyaman, manakala empulurnya digunakan untuk membuat perabot dan pelbagai barangan lain. Rotan dalam bentuk mentah atau sudah diproses menjadi bahan pilihan kerana ringan, tahan dan mudah lentur. Seperti kayu, rotan juga boleh dicat atau disudahkan dengan lumuran pelbagai warna lain.
greyhair tourismpelancongan warga tuaPelanconganTiadaAktiviti yang bersesuaian dengan pelancong yang sudah lanjut usia, seperti berjalan-jalan dan bersiar-siar.
dead on arrivalmati ketika tibaSains ForensikTiadaPesakit yang didapati sudah mati secara klinikal semasa ketibaan bantuan perubatan profesional, biasanya dalam bentuk responden pertama seperti juruteknik perubatan kecemasan, pengamal paramedik, atau polis.
analogyanalogiKesusasteraanTiadaCara menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan menggunakan sesuatu perkara yang sudah difahami. Hal ini dilakukan kerana kedua-duanya mempunyai ciri yang sama. Kehadiran beberapa ciri yang sama antara dua perkara itu dijadikan asas untuk membandingkan persamaan atau perbezaan. Walaupun kedua-dua perkara yang dibandingkan itu mempunyai persamaan, namun tidaklah persis serupa. Umpamanya, denyutan jantung diterangkan seperti cara sebuah pam berfungsi. Analogi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �bahagian yang sama rata�. Lihat juga metafora, simile.
gynocriticismginokritisismeKesusasteraanTiadaAnalisis penulisan wanita oleh pengkritik wanita. Ginokritisisme mengkaji semula penulisan pengarang wanita yang pencapaiannya sudah dilupai, dan meneroka isu yang lebih luas seperti keupayaan bertindak bagi penulis wanita melalui perundangan dan soal memperkasakan bahasa wanita. Ginokritisisme diperkenalkan oleh Elaine Showalter pada tahun 1979. Karya Elaine yang memperkatakan wanita ialah The Female Malady, Inventing Herself dan Sexual Anarchy. Penulisan Virginia Woolf juga mempunyai pengaruh penting bagi kritikan feminis ini, terutamanya melalui karyanya bertajuk Mrs. Dalloway dan A Room of One�s Own. Lihat juga genderlect.
scribal errorkesilapan penyuratKesusasteraanTiadaKesalahan yang berlaku semasa atau dalam proses penyalinan manuskrip. Kesalahan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang berikut: (i) Penyalin berasa dia lebih tahu daripada pengarang. (ii) Kesalahan sebutan bunyi yang boleh menyebabkan kesalahan ejaan dan kesalahan makna. (iii) Lipografi (omission), iaitu tertinggal huruf dalam sesuatu perkataan atau tertinggal sesuatu perkataan dalam ayat sehingga membawa makna yang berbeza. (iv) Ungkapan yang sukar kerana kekunoannya atau kerana sudah tidak lazim digunakan. (v) Haplografi, iaitu menulis satu kali perkataan yang sepatutnya ditulis dua kali. (vi) Tidak mahir dalam sesuatu bahasa asing sehingga tersalah salin atau terubah perkataannya. (vii) Terkeliru dengan gurisan, calaran atau bintik habuk di atas helaian manuskrip sehingga menganggap gurisan atau calaran itu sebahagian daripada huruf. (viii) Perkataan yang hampir sama bentuknya sehingga boleh mengelirukan. (ix) Hilang tumpuan kerana keletihan akibat terlalu lama menyalin tanpa rehat. Kesilapan seperti yang dijelaskan di atas menyebabkan terjadinya beberapa versi manuskrip. Lihat juga kata silap.
transnationaltransnasionalSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang melampaui sempadan sesebuah negara. Keadaan tersebut berpunca atau terbentuk dari sebuah negara dan kemudiannya berkembang serta bertapak di negara lain. Lama-kelamaan keadaan tersebut boleh didapati di pelbagai negara. Keadaan itu juga melambangkan sifatnya yang sudah begitu mantap dan terkenal. Contohnya, pertubuhan multinasional seperti Kodak dan Sony yang merupakan badan perniagaan bersifat transnasional.
parallel edgetepian selariKesenianHiasan DalamanAlat mendraf seperti Mayline atau Paradraft yang dipasang dengan dawai tebal di atas papan lukisan teknikal. Tepian selari boleh digerakkan ke atas dan ke bawah dalam keadaan selari tanpa menggunakan tekanan tangan ke atas sesiku-T. Alat ini menjadi pilihan pelukis pelan berbanding sesiku-T. Jenis tepian selari yang dibeli secara berasingan dan kemudiannya dipasang ke atas papan lukisan teknikal adalah lebih lembut dan licin berbanding jenis yang sudah siap dipasang.
chain verserangkap berkaitKesusasteraanPuisiHubungan antara satu sama lain dalam bentuk rangkap yang bertujuan untuk meluaskan sesuatu isu atau tema yang terdapat dalam pemikiran penyair. Contohnya, pantun di bawah. Burung serindit terbang sekawan, Mati tersambar seekor merpati; Sakit sungguh hamba tuan, Laksana kambing menggulai hati. Lantai balai berbelah-belah, Buat dinding raja beradu; Sudah didengar perintah Allah, Anak dibuat seperti madu. Buat dinding raja beradu, Dari gerisek ke Surabaya; Anak dibuat seperti madu, Sudah nasib tubuhnya saya.
orthodoxyfaham ortodoksSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang masih tertutup serta dipengaruhi oleh mistik dan ghaib. Fahaman ini tidak meletakkan penjelasan saintifik sebagai asas perbincangan sebaliknya berpegang kepada kepercayaan yang lampau dan kolot. Fahaman ini banyak dipengaruhi oleh tradisi, kepercayaan karut, petua generasi tua, pandangan bomoh dan tukang tilik serta adat yang sudah lapuk. Pemikiran ini berkembang di seluruh dunia sebelum idea moden muncul termasuklah di Eropah sebelum abad pertengahan atau Zaman Renaissance. Fahaman kuno masih wujud dan diamalkan oleh sebilangan masyarakat khususnya di negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Kepercayaan tradisi ini banyak mempengaruhi politik masyarakat seperti mempercayai seseorang mempunyai kuasa tertentu sehingga menjadikan keturunannya sebagai pemerintah.
123

Kembali ke atas