Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.puh] | سڤوه

Definisi : 1. campuran (drpd tawas, sendawa, garam, dll) utk menuakan warna emas; 2. lapisan logam (yg nipis) pd logam yg lain, sadur: ~ emas; 3. cara mengeraskan besi (pisau, cangkul, dll) dgn membakarnya dan kemudian mencelupkannya ke dlm air; 4. Jk pewarna (pencelup) kuih; hilang ~ tampak senam prb ketahuan kejahatannya (sesudah terbuka rahsianya); 5. bahan yg disapukan pd seramik dll utk menjadikannya licin dan berkilat; bersepuh berlapis atau bersadur dgn: di kepalanya ada bunga sanggul drpd perak ~ emas; menyepuh 1. menuakan warna emas dgn mencelupkannya ke dlm cairan tertentu (spt campuran sendawa, tawas, garam, dll); 2. melapiskan sesuatu logam dgn logam yg lain, menyadur; 3. mengeraskan besi dll dgn membakar dan kemudian mencelupkannya ke dlm air; 4. Jk mewarnai kuih (dgn pen-celup); spt emas baharu disepuh prb peri keelokan seseorang perempuan; tersepuh sudah disepuh atau disadur: maka turun dewa dr keinderaan merupakan dirinya seekor lembu putih spt perak yg sudah ~; spt emas yg sudah ~ prb paras yg elok; sepuhan sesuatu yg telah disepuh, saduran; penyepuh air dll utk mencelupkan barang yg hendak disepuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.puh] | سڤوه

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok kecil yg biasa dijadikan kayu api), kecapi, tumbit kayu, Allophylus fulvinervis; 2. = ~ puteri sj tum-buhan (pokok), kedi, leban condong, melampai bukit, mengkedi, Engelhardtia nudiflora; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), derumun babi (hitam), medang keli (manih, musang, tanjung), Elaeocarpus petiolatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.puh] | سڤوه

Definisi : 1 campuran tawas, garam dll utk menuakan warna emas. 2 lapisan logam yg tipis pd logam lain; sadur. 3 cara mengeraskan besi (pisau, cangkul dll) dgn membakarnya dan mencelupkannya ke dlm air. bersepuh berlapis atau bersadur dgn sesuatu. menyepuh 1 menuakan warna emas dgn mencelupkannya ke dlm campuran tawas, garam dsb. 2 menyalut sesuatu logam dgn logam lain; menyadur. 3 menge­raskan besi dgn membakarnya dan mencelupkannya ke dlm air. ~ lindap memanaskan logam (kaca dll) dan menyejukkannya perlahan-lahan supaya bahan tsb menjadi keras dan tidak rapuh. sepuhan sesuatu yg disepuh; hasil drpd menyepuh; saduran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sepuh (kata nama)
Bersinonim dengan sadur;
Kata Terbitan : bersepuh, menyepuh, tersepuh, sepuhan,

Peribahasa

Laksana barang yang disadur.

Bermaksud :

Tak tahan uji. sadur = lapis tipis pada logam yang lain, sepuh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
annealing twinkembar dua sepuh lindapFizikTiadaTiada
annealing twinkembar dua sepuh lindapKimiaTiadaTiada
electrodeposition fabricationfabrikasi elektromendapanFizikNanoteknologiProses fabrikasi litar bersepadu atau nanofabrikasi yang memendapkan pelbagai filem tipis ke atas wafer silikon dengan menggunakan kaedah elektromendapan. Dalam proses yang dikenali sebagai sepuh lindap, bahan logam atau dielektrik yang ingin dimendapkan dijadikan sebagai katod. Katod tersebut akan dihentam oleh ion positif sehingga menyebabkan pengeluaran atom atau molekul dan seterusnya termendap atas permukaan wafer bagi membentuk filem yang dikehendaki.

Kembali ke atas