Definisi : (sérai); terserai terserak, tersebar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1. = ~ betul = ~ makan = ~ sayur sj tum-buhan (rumput yg daunnya berbau harum), Cymbopogon citratus; 2. = ~ wangi sj tumbuhan (rumput yg lebih rimbun dan wangi drpd serai betul), Cymbopogon nardus; ~ kayu sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat perencah masakan), jambu hutan, kelat merah, kelat putih, kelat samak, pokok palung, samak, Eugenia polyantha; ~ kemangi ki kerabat yg jauh; gulai lampau ~, tentu maung prb sesuatu yg berlebihan (perbuatan, percakapan, dll) itu akan mendatangkan keburukan; serumpun bagai ~, selubang bagai tebu prb muafakat sekali, seia sekata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : tumbuh-tumbuhan yg seakan-akan lalang yg digunakan sbg ramuan dlm masakan, Cymbopogon citratus. ~ wangi nama sj serai yg lebih wangi drpd serai biasa, Cymbopogon nardus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)