Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ra.mai] | سراماي

Definisi : 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
midi-busbas midiKejuruteraan AutomotifTiadaBas yang boleh mengangkut penumpang seramai 20 - 30 orang dan beroperasi pada laluan yang ditetapkan.
net group ratekadar kumpulan bersihPentadbiran PerniagaanTiadaKadar sewa borong bagi kumpulan perniagaan seramai 10 hingga 15 orang dan tokokan kadar sewa boleh dibuat jika perlu.
three-step interviewtemu bual tiga langkahPendidikanTiadaKegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah secara berkumpulan seramai empat orang membuat aktiviti seperti berkongsi pemikiran, menjawab soalan dan mencatatkan maklumat. Murid-murid secara berpasangan memainkan peranan sebagai penemu bual dan orang yang ditemu bual secara bersilih ganti dan kemudiannya murid akan berkongsi pengalaman tersebut dalam sesi temu bual dengan kumpulan yang lain pula.
light rapid transit (LRT)transit laju ringanSosiologiTiadaSistem transit atau pengangkutan awam yang beroperasi menggunakan rel, berkeupayaan membawa seramai 20 000 orang/jam serta mempunyai kekerapan perkhidmatan yang tinggi.
light rapid transit (LRT)transit laju ringanKejuruteraan AutomotifTiadaSistem transit atau pengangkutan awam yang beroperasi menggunakan rel, berkeupayaan membawa seramai 20 000 orang/jam serta mempunyai kekerapan perkhidmatan yang tinggi.
garden city movementgerakan bandar tamanKesenianSeni BinaKaedah perancangan bandar kendiri yang dipelopori oleh Sir Ebenezar Howard dari United Kingdom pada tahun 1898. Menurut beliau, sebuah bandar taman yang ideal perlu mempunyai kepadatan penduduk seramai 32,000 orang di atas tanah seluas 2.4 hektar dan dirancang dengan pola berpusat yang mengandungi kawasan lapang, taman awam dan enam kawasan persiaran yang berjejarian. Gabungan beberapa buah bandar taman akan membentuk bandar utama yang berkepadatan 50,000 orang, dan boleh dihubungi melalui jalan raya dan landasan keretapi. Daripada ilham beliau, telah timbul idealogi baharu yang menjadi idealogi terkini, iaitu pembinaan bandar lestari.
anti-Semitismfahaman anti-YahudiSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang bermula di Jerman pada tahun 1880 yang menentang pengaruh Yahudi dalam pelbagai lapangan seperti ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan kebudayaan. Di negara yang berfahaman ini, bangsa Yahudi sering dijadikan sasaran kebencian kerana prasangka agama, etnik dan psikologi. Kaum Yahudi didiskriminasikan dalam pelbagai bidang. Gerakan anti- Yahudi ini mencapai kemuncaknya di Eropah khususnya di Jerman pada akhir abad ke-19 apabila pihak Nazi pimpinan Hitler mengambil alih kepimpinan pada tahun 1933. Pada tahun 1935, Undang-Undang Nuremberg dilaksanakan yang melarang perkahwinan antara orang Yahudi dengan orang Jerman. Kemudian pada tahun 1945, seramai lima juta orang Yahudi telah dibunuh dalam peristiwa holocaust. Sinonim anti-Semitisme.
United Nations Relief and Rehabilitation Administration (UNRRAPentadbiran Bantuan dan Pemulihan Bangsa-Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1943 semasa Perang Dunia Kedua yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada kawasan yang dibebaskan daripada kuasa paksi (Jerman, Itali dan Jepun). Pada tahun 1943, terdapat 52 buah negara yang terlibat dalam pertubuhan ini yang menyumbangkan dua peratus daripada pendapatan negara mereka kepada pertubuhan ini. Bantuan yang disediakan seperti bantuan kecemasan, makanan dan ubat-ubatan serta membaik pulih perkhidmatan awam, pertanian dan industri. Antara negara yang pernah mendapat bantuan daripada pertubuhan ini ialah China, Czechoslovakia, Greece, Itali, Poland, Ukraine dan Yugoslavia. Selepas Perang Dunia Kedua, pertubuhan ini berjaya menolong seramai tujuh juta pelarian pulang ke negara masing-masing. Pertubuhan ini menghentikan operasinya di Eropah pada 30 Jun 1947 dan di China pada 31 Mac 1949. Pada masa kini, fungsi pertubuhan ini telah dipindahkan ke pertubuhan lain di bawah Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu seperti Pertubuhan Pelarian Antarabangsa, Pertubuhan Makana

Kembali ke atas