Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.ra.mik] | سيراميک

Definisi : (séramik) 1. bahan keras dan rapuh yg dibuat dgn membakar tanah liat dll; 2. barang, spt kepingan lantai, yg dihasilkan drpd tanah liat, tembikar, dll; 3. seni dan teknik membuat barang-barang drpd tanah liat, tembikar, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.ra.mik] | سيراميک

Definisi : 1 bahan drpd mineral bukan logam yg keras dan mempunyai takat lebur yg tinggi. 2 barang yg dihasilkan drpd tanah liat, mis tembikar. 3 seni dan teknik membuat barang-barang drpd tanah liat, tembikar, dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seramik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ceramicseramikFizikNanoteknologiBahan yang diperbuat daripada galian bukan logam yang telah dikuatkan dengan membakarnya pada suhu tinggi. Kebanyakan seramik bersifat penebat, tahan haba dan mempunyai rintangan terhadap tindak balas kimia. Seramik tradisional diperbuat daripada tanah liat atau galian semula jadi. Bahan seramik juga dapat disintesis supaya mempunyai sifat tertentu seperti superkonduktor, piezoelektrik dan magnetorintangan.
armorial Chinaarmorial ChinaKesenianHiasan DalamanPorselin seramik dari negara China yang dihiasi dengan corak jata atau lambang tertentu di bahagian atas, tengah, atau tepinya. Seramik ini biasanya digunakan sebagai bekas untuk menghidang makanan atau minuman.
azulejosazulejosKesenianHiasan DalamanJubin seramik berkilat dan berwarna yang digunakan pada bangunan di Sepanyol, Portugal dan Amerika Latin. Biasanya, azulejos dihiasi dengan warna yang terang, berbunga dan corak hiasan yang melampau. Di Portugal, jubin ini banyak digunakan di gereja, istana, rumah dan stesen kereta api. Azulejos merupakan elemen utama seni bina Portugis dan digunakan di dinding, lantai dan siling. Azulejos bukan sahaja digunakan sebagai unsur seni, tetapi juga sebagai unsur pengawal suhu di dalam rumah.
porcelainporselinKesenianHiasan DalamanBarangan seramik bersifat keras dan lut cahaya yang ditemui di China pada sekitar tahun 800 Masihi.
pellet-bed catalytic converterpenukar bermangkin lapisan berpeletKejuruteraan AutomotifEnjinPenukar bermangkin yang mempunyai bahagian laluan udara yang berbentuk lapisan pelet seramik yang bersalut unsur pemangkin. Struktur ini menyediakan permukaan yang disaluti unsur pemangkin yang luas. Konfigurasi ini menghasilkan tindak balas kimia gas ekzos yang lebih cekap. Penukar ber- mangkin jenis ini mudah diselenggarakan kerana pelet seramik tersebut boleh digantikan dengan menggunakan peralatan khas seperti penggegar-penyedut. Banding penukar bermangkin monolitik.
ginger jarbalang haliaKesenianHiasan DalamanBalang bulat daripada seramik China yang digunakan untuk mengawet halia.
glacegerlisKesenianHiasan DalamanBahan kimia khas yang digunakan pada alatan, seperti seramik, pintu atau tingkap untuk membentuk lapisan atau salutan permukaan supaya berkilat seperti kaca.
a joura jourKesenianHiasan DalamanTebukan yang dibuat pada barang-barang perhiasan seperti seramik, logam atau kayu untuk membenarkan cahaya masuk melaluinya.
abrasion resistant materialbahan tahan lelasKesenianHiasan DalamanBahan tahan lasak seperti getah, logam, seramik atau kayu yang mampu menahan geseran dan kakisan akibat hentakan atau penggunaan yang berterusan. Contohnya, logam atau getah di dinding koridor hospital untuk mengelakkan kerosakan akibat geseran troli.
nanospherenanosferaFizikNanoteknologiZarah berbentuk sfera bersaiz 1 nm - 1000 nm. Zarah ini terdiri daripada logam, bahan organik, seramik atau bahan semikonduktor. Jika zarah ini bersaiz 1 nm - 100 nm dan diperbuat daripada bahan semikonduktor, zarah ini dipanggil bintik kuantum. Zarah ini disediakan melalui pelbagai cara, iaitu kaedah kimia, ablasi laser, MBE, dan MOCVD.
12

Kembali ke atas