counter offensive | serangan balas | Undang-undang | Tiada | Tiada |
Mossad | Polis Rahsia Israel | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Badan perisikan Israel yang mempunyai kakitangan antara 1500 hingga 2000 orang. Badan ini bertanggungjawab dalam pengumpulan maklumat, aktiviti rahsia dan melakukan serangan balas terhadap keganasan. Perisikannya adalah tertumpu kepada negara dan organisasi Arab di serata dunia. Selain itu, ejen badan perisikan ini juga aktif di negara komunis dan blok barat. Badan ini bertanggungjawab dalam pemindahan sulit pelarian Yahudi keluar dari Syria, Iran dan Ethiopia. Salah seorang pengintip Mossad yang terkenal, iaitu Eli Cohen berjaya menembusi kerajaan Syria dan telah menghantar maklumat perisikan ke Israel selama dua tahun sebelum beliau digantung sampai mati di Dataran Damsyik. Pada tahun 1960, Mossad menculik penjenayah perang Nazi, Adolph Eichmann dari Argentina. Pada tahun 1988, pasukan pembunuh badan ini menawan rumah kediaman dan membunuh Abu Jihad, timbalan Yasser Arafat yang dianggap sebagai perancang utama dalam operasi PLO menentang Israel. Sinonim Mossad |
just in war (jus in bello) | keadilan dalam perang | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konsep yang berkaitan dengan penentuan tatacara peperangan yang dianggap adil. Tatacara atau senjata yang digunakan dalam peperangan sepatutnya mengakibatkan tahap kemusnahan dan kesengsaraan yang sama antara pihak yang menyerang dengan pihak yang diserang. Oleh itu, walaupun sesebuah negara melancarkan serangan balas atas dasar membela diri, tetapi negara tersebut masih lagi dianggap menggunakan tatacara serangan yang tidak adil sekiranya serangan tersebut mengakibatkan kemusnahan dan kesengsaraan yang lebih teruk berbanding kerosakan yang dialaminya akibat serangan musuhnya. Contohnya, konflik yang berterusan antara rejim Israel dengan Palestin. Dalam serangan balas Israel terhadap rakyat Palestin, kemusnahan lebih dahsyat berbanding kemusnahan yang berlaku kepada pihak Israel. |
attack reaction | tindak balas serangan | Perubatan | Tiada | Tiada |
attack reaction | tindak balas serangan | Psikologi | Tiada | Tiada |
hypersensitive reaction | tindak balas hipersensitif | Pertanian | Agroteknologi | Satu tindak balas oleh tumbuhan atau haiwan yang diserang oleh jangkitan penyakit dan perosak. Tindak balas ini melibatkan kematian sel-sel di lokasi serangan supaya patogen atau perosak tidak merebak ke bahagian tumbuhan yang lain. Mekanisme tindak balas ini dirangsang oleh bahan kimia yang dikeluarkan oleh tanaman seperti fenolik dan fitoaleksin yang akan membunuh sel di kawasan jangkitan apabila berlaku serangan penyakit. Satu lapisan halangan akan terbentuk dan seterusnya menghalang merebaknya serangan di bahagian lain tanaman. |
autoimmunization | pengautoimunan | Perubatan | Tiada | Pengimunan terhadap penyakit yang terhasil secara semula jadi akibat gerak balas terhadap serangan mikroorganisma yang serupa. |
counterraid | serbuan balas | Sejarah | Tiada | Serangan yang dilakukan secara serbuan untuk menentang serangan pihak musuh sebagai taktik peperangan. |
allergi reaction | tindak balas alergi | Biologi | Histologi dan Sitologi | Tindak balas badan dan sel yang mengeluarkan bahan kimia akibat serangan antigen, misalnya patogen, debu, makanan tertentu dan lain-lain yang tidak bersesuaian. Pada orang yang tidak alergi, bahan tersebut dimusnahkan, tetapi pada orang yang alergi bahan tersebut merangsang pembentukan histamina dan seterusnya menyebabkan bengkak. |
vasovagal attack | serangan vasovagus | Perubatan | Tiada | Tindak balas sementara pembuluh darah dan saraf yang berlaku apabila seseorang mengalami sesuatu rangsangan yang biasanya melibatkan tekanan emosi. Antara ciri tindak balas tersebut ialah pucat, muntah-muntah, perpeluhan dan bradikardia (denyutan jantung yang perlahan). Dalam keadaan yang teruk, individu yang berkenaan boleh pengsan. |