resuscitation | resusitasi | Perubatan | Tiada | Kaedah memulihkan seseorang yang hampir maut secara tiba-tiba, misalnya kerana lemas atau serangan jantung. Lihat juga resusitasi kardiopulmonari. |
antiplatelet | antiplatelet | Perubatan | Tiada | Ubat yang bertindak dengan menghalang agregasi platelet dan seterusnya mengurangkan keupayaan pembekuan darah. Ubat ini digunakan untuk menghalang serangan jantung dalam penyakit jantung iskemia. Contoh ubat ialah Aspirin dan Clopidogrel. |
myocardial infarction | penginfarkan miokardium | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Kematian otot jantung yang disebabkan oleh pengurangan aliran darah koronari secara tiba-tiba. Penginfarkan miokardium dikenali juga sebagai serangan jantung. |
atherosclerosis | aterosklerosis | Perikanan | Tiada | Penebalan dan pembekuan arteri, yang disebabkan oleh kerosakan sel. Penggunaan asid lemak tak tepu seperti yang terdapat di dalam minyak ikan dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan aterosklerosis seperti serangan jantung, kegagalan buah pinggang dan angin ahmar. |
Goldman cardiac risk factor index | indeks faktor risiko jantung Goldman | Perubatan | Tiada | Sistem skor praoperatif untuk mengenal pasti pesakit yang berisiko mendapat komplikasi kardiovaskular semasa perioperatif. Pesakit yang berisiko tinggi termasuklah pesakit yang telah mengalami serangan jantung dalam tempoh enam bulan sebelumnya, bunyi denyutan jantung ketiga, aritmia, umur melebihi 70 tahun, pembedahan kecemasan, stenosis aorta yang teruk, keadaan kesihatan pesakit yang teruk, pembedahan abdomen dan toraks. Skor maksimum bagi indeks faktor risiko jantung Goldman ialah 53. Skor yang tinggi dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi. |
angina | angina | Perubatan | Tiada | Nyeri yang dirasakan di bahagian tengah atau kiri dada yang disebabkan oleh iskemia otot jantung. Ia merupakan gejala penyakit jantung iskemia. Ia boleh merebak pada bahu dan lengan kiri, tengkuk dan dagu. Ia boleh disertai dengan berdebar, berpeluh-peluh, rasa loya, dan sukar bernafas. Keadaan ini biasa berlaku semasa penggunaan tenaga yang banyak dan dapat dipulihkan dengan mengambil ubat nitrat atau berehat. Angina boleh berlanjutan sehingga menjadi serangan jantung. |
angina | angina | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Keadaan yang menyebabkan kesakitan dalam dan sekitar otot jantung serta kesesakan nafas. Keadaan ini berlaku disebabkan darah yang mengandungi oksigen dihalang daripada sampai ke otot jantung oleh salur darah yang tersumbat. Angina boleh merebak pada bahu dan lengan kiri, tengkuk dan dagu yang akan menyebabkan rasa berdebar, berpeluh-peluh, rasa loya, dan sukar bernafas. Keadaan ini biasanya berlaku semasa penggunaan tenaga yang banyak dan dapat dipulihkan dengan mengambil ubat nitrat atau berehat. Angina boleh berlanjutan sehingga menjadi serangan jantung. |
aspirin | aspirin | Kimia | Forensik | Formula kimia, C9H8,04; nama dagang, Aspirin, Aspro, Empirin; nama kimia, asid asetil sali silik. Hablur atau serbuk putih, tanpa bau, rasa pahit sedikit, dan stabil dalam udara kering. Aspirin terhidrolisis kepada ion salisilat oleh esterase yang terdapat dalam banyak tisu, terutamanya dalam hati dan merupakan salah satu ubat yang paling meluas penggunaannya dalam terapi, terutamanya sebagai analgesik, antipiretik dan antiradang. Bahan ini digunakan dalam dos rendah, iaitu 0.3 g - 1.0 g setiap 3 atau 4 jam secara oral dan digunakan secara meluas untuk menghalang penggumpalan darah dalam arteri koronari bagi mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Bahan ini juga digunakan secara meluas untuk merawat penyakit artritis. Bahan ini merupakan alergen dan mungkin menyebabkan perdarahan. Dos sebanyak 10 g mungkin membawa maut. Kesan sampingan termasuk masalah perut dan usus (ulser), perdarahan, dan bunyi dalam telinga. Penggunaan dos yang tinggi untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan masalah peng- gumpal |
heart attack | serangan sakit jantung | Perubatan | Tiada | Nekrosis otot jantung yang terhasil akibat terputusnya aliran darah ke kawasan tertentu pada jantung. |
heart attack | serangan sakit jantung | Fizik | Tiada | Tiada |