Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.rang.ga] | سرڠݢ

Definisi : sj binatang kecil yg badannya ber-tekung tiga dan kakinya enam serta beruas-ruas (spt nyamuk, lalat, belalang, dll); ~ perosak (Tani) serangga (spt belalang, piang-gang, dll) yg merosakkan tanam-tanaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rang.ga] | سرڠݢ

Definisi : kumpulan binatang kecil, spt nyamuk, lalat, yg berkaki enam, badannya beruas-ruas dan terbahagi kpd tiga bahagian (biasanya mempunyai dua pasang sayap): ~ perosak serangga yg merosakkan tanam-tanaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serangga (kata nama)
Bersinonim dengan gegat, belalang, nyamuk, lalat, lipas, pianggang, mentadak, semut, kerengga, tebuan, sesorok, tawang-tawang.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sootkesan seranggaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKesan akibat serangga yang melekat pada permukaan cat yang belum kering.
infestationinfestasiHerbaTiadaKeadaan herba yang dicemari serangga dan haiwan seperti rodensia. Kehadiran bulu mamalia (tikus, kucing dan lain-lain), feses dan bahagian jasad serangga merupakan bukti utama infestasi. Infestasi dikesan dengan mata kasar atau menggunakan mikroskop. Jika mengalami infestasi, bahan herba tersebut mesti dibuang dan tidak boleh digunakan dalam proses seterusnya.
whiteflybena putihPerikananAkuakulturSejenis serangga perosak berwarna putih yang sering menyerang tumbuhan akuatik timbul seperti pokok Hygrophila deformis dan Echinodorus sp. Bena putih ini juga merupakan serangga perosak utama yang menyerang tanaman, seperti tanaman padi, cili dan tomato. Contoh spesies bena putih ialah Bemesia tabaci.
beneficial insectserangga bermanfaatPertanian OrganikTanaman Makanan-
insect populationpopulasi seranggaPertanian OrganikTanaman Makanan-
insect growth regulatorpengawal atur tumbesaran seranggaPertanian OrganikTanaman Makanan-
mesonotummesonotumBiologiTiadaBahagian dorsal mesotoraks serangga.
formicationformikasiPerubatanPsikiatriKeadaan tidak normal yang dirasai, iaitu rasa seolah-olah serangga merayap di atas tubuh.
obliteratehapus; obliteralBiologiTiada1. Tidak jelas atau bercantum, seperti tanda-tanda pada serangga.,2. Terhimpit atau tertekan.
prurigoprurigoHerbaFitoterapiMeletusnya permukaan kulit yang menyebabkan kegatalan yang amat sangat. Contohnya, gigitan serangga dan tindak balas terhadap sebarang alahan.
123

Kembali ke atas