authorial omniscient voice | suara pengarang serba tahu | Kesusasteraan | Tiada | Alat penceritaan yang digunakan dalam novel untuk merujuk kepada suara pengisah yang tahu serba-serbi tentang cerita yang dikisahkan. Oleh sebab kedudukannya yang serba tahu, maka sesuatu yang diperkatakan sama ada ulasannya tentang watak ataupun pandangannya terhadap cerita secara keseluruhannya dianggap sebagai maklumat yang benar dan berwibawa. Suara yang digunakan untuk menyampaikan maklumat biasanya jarang bernada intim tetapi lebih bersifat autoritatif. Istilah ini dicipta oleh John Gardener. Lihat juga pnegisahan bermediasi, pengisah ketara, pengisah saksi, pengisah utama. |
omniscient point of view | sudut pandangan serba tahu | Kesusasteraan | Puisi | Perihal penyair yang menggambarkan sikapnya yang serba tahu mengenai proses pencitraan sama ada watak, objek ataupun suasana. |
limited omniscience | serba tahu terbatas | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk sudut pandangan seseorang pengarang dalam sesebuah karya sastera. Pengarang mempunyai pengetahuan yang luas terhadap seseorang watak atau beberapa orang watak tertentu yang memainkan peranan dalam karya tersebut. Melalui sudut pandangan ini, pengarang akan menguasai seluruh perjalanan hidup watak, sama ada dari aspek luaran dan dalaman, termasuklah dalam mengutarakan pemikirannya. Keseluruhan perjalanan cerita berhubung kait dengan watak tersebut. Watak yang lain hanya diceritakan secara luaran sahaja. Sudut pandangan serba tahu terbatas ini kemudian berkembang menjadi salah satu teknik penceritaan utama dalam karya berbentuk stream of consciousness. |
neutral omniscience | serba tahu neutral | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk sudut pandangan seseorang pengarang yang bersifat neutral dalam sesebuah karya. Walaupun pengarang (pengisah) mempunyai pengetahuan yang luas terhadap cerita dan watak, tetapi pengarang itu bertindak secara neutral tanpa melibatkan pandangan atau memberikan komen peribadi terhadap peristiwa atau pemikiran para watak. |
all-insulated | serba tebat | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
self-contained community | komuniti serba lengkap | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu masyarakat yang mempunyai kemudahan asas dan awam yang lengkap dan mencukupi. |
self-contained town | bandar serba lengkap | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Bandar yang mempunyai kemudahan asas dan awam yang lengkap serta dapat memberi peluang pekerjaan kepada sebahagian besar penduduk. |
omniscient point of view | sudut pandangan serba tahu | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah penceritaan daripada pengarang yang berada di luar cerita dan bertindak selaku orang yang mengetahui segala-galanya. Pengarang mempunyai pengetahuan luas terhadap seluruh aspek cerita, bebas bergerak dari satu watak ke satu watak, dari satu latar ke satu latar, atau dari suatu pemikiran ke suatu pemikiran tanpa sebarang halangan. Pengarang mengawal seluruh idea yang ingin disampaikan dalam cerita mengikut sudut pandangan yang diingininya. Pengarang juga bebas menyelami hati dan perasaan para watak, berkuasa dan menentukan aspek pemikiran, dan perjalanan cerita dari awal hingga ke akhirnya. |
non-focalization | bukan fokalisasi | Kesusasteraan | Tiada | Sudut pandangan dalam karya sastera yang tidak dapat dikesan secara sistematik atau tidak dapat ditentukan dengan tepat. Sudut pandangan ini mempunyai hubung kait dengan pengarang serta tahu, iaitu pengarang bebas bercerita dan mengetahui segala-galanya tentang cerita. Sudut pandangan bukan fokalisasi biasanya terdapat dalam naratif tradisional. Lihat juga serba tahun neutral, serba tahu terbatas. |
learning object | objek pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sumber digital berciri boleh guna semula, modular dan berdiri sendiri. Objek pembelajaran ini serba lengkap dari segi strukturnya yang mengandungi objektif, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran bagi sesuatu pelajaran atau siri pelajaran sama ada dalam bentuk unit, modul, kursus-kursus dan juga program. Koleksi ini umumnya terdiri daripada item isi kandungan pelajaran, item ulang kaji dan item pentaksiran yang dibangunkan berdasarkan satu objektif pembelajaran. |