Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
serba (kata tugas)
1. Bersinonim dengan semuanya: kesemuanya, segalanya, segala-galanya, seluruhnya, segenapnya,,

2. Bersinonim dengan apa juapun: bagaimana juapun, dalam apa juga hal,

3. Bersinonim dengan serba-serbi: macam-macam, berbagai-bagai, pelbagai, serbaneka, segala-galanya, segala macam.,


Peribahasa

Seperti Kur'an (Quran) buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
learning objectobjek pembelajaranTeknologi Maklumate-PembelajaranSumber digital berciri boleh guna semula, modular dan berdiri sendiri. Objek pembelajaran ini serba lengkap dari segi strukturnya yang mengandungi objektif, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran bagi sesuatu pelajaran atau siri pelajaran sama ada dalam bentuk unit, modul, kursus-kursus dan juga program. Koleksi ini umumnya terdiri daripada item isi kandungan pelajaran, item ulang kaji dan item pentaksiran yang dibangunkan berdasarkan satu objektif pembelajaran.
modularbermodulSains NuklearKejuruteraan ReaktorPendekatan yang digunakan dalam membina dan mereka bentuk reaktor nuklear dengan unit atau modul yang serba lengkap dan pasang siap. Unit atau modul ini boleh digabungkan untuk membentuk sistem yang lebih besar. Lihat juga small modular reactor (SMR).
class consciousnesskesedaran kelasSains PolitikPolitik PerbandinganPerasaan sepunya yang wujud dalam kelompok kelas masyarakat yang membentuk identiti yang khusus. Kesedaran ini timbul apabila kelompok tertentu merasai dan mengongsi pengalaman yang sama seperti ditindas, kemiskinan dan serba kekurangan berbanding dengan kelompok lain. Melalui kesedaran ini, golongan tersebut boleh membentuk kesepaduan dan berjuang membela kepentingan untuk memperbaik taraf hidup serta hubungan sosial mereka. Sesuatu kelas akan menjadi lebih bermakna dalam sistem itu, hanya apabila mereka mempunyai kesedaran ini. Golongan pekerja bawahan yang sentiasa mendesak pihak majikan atau kerajaan supaya memperbaik taraf kehidupan mereka dilihat sebagai satu kelompok yang mempunyai kesedaran kelas. Konsep ini diutarakan oleh Karl Marx dalam kajian beliau berhubung dengan fenomena kelas dalam sistem kapitalis.

Kembali ke atas