herbal powder | serbuk herba | Herba | Tiada | Bahan herba dalam bentuk partikel halus. Serbuk ini diperoleh melalui proses pengisaran bahan herba dalam bentuk yang utuh dan telah dikeringkan. Serbuk herba digunakan dalam penghasilan kapsul dan tablet herba. Contohnya, serbuk tongkat ali dan kacip fatimah. |
dry cleaning powder | serbuk cucian kering | Kesenian | Hiasan Dalaman | Serbuk putih yang ditabur dan digosok pada permukaan kertas surih atau velum. Serbuk ini digunakan untuk menghapuskan kesan minyak bagi memudahkan kerja melukis yang menggunakan pen teknikal atau pensel supaya garisan lukisan menjadi lebih berkualiti. |
dusting powder | serbuk sabun; bedak sabun (bayi), serbuk pendebuan | Kimia | Tiada | Tiada |
dusting powder | serbuk sabun; bedak sabun (bayi) | Farmasi | Tiada | Sebarang serbuk halus untuk ditabur pada kulit. |
tapped density | ketumpatan tertepuk | Farmasi | Tiada | Nilai yang didapati apabila satu isi padu serbuk yang diketahui beratnya ditepuk berulang kali. Serbuk dimasukkan ke dalam silinder penyukat dan nilai isi padu sesudah ditepuk diambil. Ketumpatan dikira dengan mengambil berat sampel dibahagikan dengan isi padu sesudah ditepuk. Ciri ini penting dalam proses pengeluaran tablet. |
powder | serbuk | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahan berbutir yang telah diserapi dengan cecair, bahan cuci, dan bahan-bahan cucian lain yang disediakan untuk membersihkan karpet. Bahan sediaan ini ditabur ke atas karpet pail menggunakan berus. Bahan ini dibiarkan seketika supaya menyerap segala kotoran, dan kemudian dibersihkan dengan menggunakan vakum. |
gold powder | serbuk emas | Fizik | Nanoteknologi | Adunan pekat zarah emas bersaiz antara 10 nm - 30 nm yang dihasilkan dengan menggunakan penyalut polimer. Bahagian pepejal adunan ini mempunyai berat sehingga 85% emas. Penggunaannya adalah untuk penyaduran permukaan, elektronik, optik, pemangkin, pewarna, dan perencat pertumbuhan barah. Contohnya, penggunaan zarah emas dalam pembuatan gelas Venetian berwarna merah. |
fish meal | serbuk ikan | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
quantified herbal substance | bahan herba terkuantiti | Herba | Tiada | Bahan herba yang diselaraskan kandungan juzuk aktif dalam julat boleh diterima. Pelarasan ini dicapai melalui pengadunan beberapa kelompok bahan herba. Bagi bahan serbuk herba, bahan herba terkuantiti dinyatakan sebagai juzuk yang jelas dalam kuantiti julat yang ditentukan. Contohnya, 4 g serbuk kulit kayu batang Salicis cortex mengandungi 40 - 48 mg jumlah glikosida fenolik yang diwakili salisin. |
quantified herbal preparation | sediaan herba terkuantiti | Herba | Tiada | Sediaan herba yang diselaraskan kandungan juzuk aktif dalam julat boleh diterima. Pelarasan ini dicapai melalui pengadunan beberapa kelompok sediaan herba. Bagi sediaan serbuk herba, sediaan herba terkuantiti dinyatakan sebagai juzuk yang jelas dalam kuantiti julat yang ditentukan. Contohnya, 4 g serbuk kulit kayu batang Salicis cortex mengandungi 40-48 mg jumlah glikosida fenolik sebagai salisin. |