Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pd waktu yg sama (melakukan sesuatu dll), bersama-sama, serempak: lima orang anak kita boleh dihantar ~ ke sekolah tinggi; menyerentakkan menyebabkan berlaku atau berjalan serentak; keserentakan perihal (keadaan) serentak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bersama-sama (me­lakukan sesuatu), sekali gus, serempak: kerja hendaklah dijalankan berselang-selang atau ~; bangun ~; lawatan tuan itu ~ dgn ketiba­an pasukan tentera tambahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pd ketika yg sama berlakunya sesuatu dll; serempak: Mereka ~ meninggalkan pekerjaan mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : bersama-sama melakukan sesuatu (spt ketika menjawab, berteriak); serempak: Murid-murid itu menjawab ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serentak (adverba)
Bersinonim dengan pada masa yang sama, serempak, sekali gus, sekali jalan, sederap, gerpak.,
Kata Terbitan : serentak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coactivationkoaktifanSains SukanBiomekanikKeaktifan serentak otot di sekeliling sendi. Contohnya, tindakan serentak otot agonis dan otot antagonis.
concurrent powerkuasa serentakSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang diperoleh secara menyeluruh sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan. Kuasa ini penting untuk mengelakkan sesuatu tindakan yang akan dilaksanakan agar tidak meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat atau negara. Kuasa jenis ini biasanya dipraktik dalam pentadbiran negara Amerika Syarikat. Contohnya, apabila, presiden mahu melaksanakan sesuatu tindakan yang segera seperti melancarkan serangan atau memerlukan belanjawan tambahan, beliau perlu mendapatkan kuasa serentak daripada kuasa utama kuku besi ketimuran Kongres. Tanpa kuasa tersebut sesuatu tindakan tidak boleh dijalankan.
oestrus synchronisationpengsinkronian estrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah untuk menyebabkan peringkat estrus sekumpulan haiwan betina berlaku serentak. Pengsinkronian estrus dilakukan dengan memberikan hormon kepada haiwan betina. Kaedah ini dilaksanakan pada ternakan seperti lembu bagi memudahkan pembiakan menggunakan teknik permanian beradas. Kaedah ini juga digunakan untuk mendapatkan tempoh beranak yang serentak bagi memudahkan pengurusan haiwan.
concurrent forcesdaya serentakSains SukanBiomekanikDua atau lebih daya yang garis tindakan dayanya bersilang pada satu titik.
concurrent insuransinsurans serentakinsuransTiadaDua atau lebih polisi insurans yang memberi perlindungan kepada kepentingan yang sama bagi harta yang sama. Jika terdapat dua atau lebih polisi insurans harta, pihak insurans tidak akan dilindungi dengan sempurna jika polisi-polisi tidak sama.
concurrent negligencekecuaian serentakinsuransTiadaKecuaian yang timbul apabila tindakan dua individu atau lebih secara berasingan telah menyebabkan kecederaan kepada pihak ketiga dalam kemalangan yang sama.
simultaneous productionpengeluaran serentakPertanian OrganikTanaman Makanan-
concurrent leasepajakan serentakPenilaian Harta TanahTiadaTiada
nonconcurrent insuranceinsurans tidak serentakinsuransTiadaPerlindungan insurans yang terdapat di bawah dua kontrak atau lebih ke atas semua atau sebahagian daripada risiko yang sama. Selain perbezaan amaun dan tarikh polisi, terdapat juga perbezaan butiran lain di antara kontrak berkenaan.
concurrent sessionsesi selari/sesi serentakPelanconganTiadaSesi pembentangan yang dikendalikan sekali gus, seperti dalam Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE).
12345678

Kembali ke atas