pleasure centre | pusat seronok/ nikmat | Biologi | Fisiologi | Kawasan di dalam otak seperti septum, nukleus ventromedial-hipotalamus dan berkas tengah otak hadapan, yang apabila dirangsangkan, akan memberi rasa seronok/nikmat. |
primary emotion | emosi primer | Psikologi | Psikologi Umum | Emosi yang paling asas yang dibahagikan kepada lapan jenis, iaitu takut, sedih, kejutan, jengkel, marah, antisipasi, seronok dan percaya. Emosi primer boleh bergabung untuk menghasilkan emosi dengan nama yang lain. Contohnya, seorang kanak-kanak yang merasa seronok tetapi takut ketika memakan ais krim kepunyaan kakaknya akan menghasilkan emosi rasa bersalah. Begitu juga perasaan cemburu yang muncul daripada gabungan emosi cinta, marah dan takut. |
fun-oriented | berorientasi seronok | Pendidikan | Tiada | Tiada |
الإستمتاع | bercumbu mesra | Agama Islam | Fiqh | Berseronok-seronok dengan isteri/hamba. |
audience reaction | reaksi penonton | Kesenian | Drama dan Teater | Tindak balas yang diperlihatkan oleh penonton semasa menyaksikan pementasan teater. Reaksi ini boleh memberikan kesan emosi kepada penonton seperti sedih, marah atau seronok dan juga memberikan kesan timbal balik kepada pelakon di atas pentas bersesuaian dengan aksi yang dimainkan. |
borrowed interest | daya tarikan tumpang | Komunikasi | Korporat | Kaedah menggunakan daya tarikan pada sesuatu subjek lain sebagai tumpangan bagi menyediakan strategi kreatif pengiklanan. Strategi tersebut digunakan untuk menguasai perhatian khalayak dan menghasilkan rasa seronok atau menyukai sesuatu subjek setelah terdedah kepada pengiklanan berkenaan. Contoh subjek yang mempunyai daya tarikan semula jadi ialah kanak-kanak,binatang kesayangan, wanita panorama, dan makanan. Penggunaan subjek ini boleh menimbulkan rasa sayang, simpati, dan empati. Subjek ini boleh menjadi lambang yang membawa nilai yang sesuai dengan barangan yang diiklankan dan falsafah syarikat. Prinsip yang sama diguna pakai apabila menggunakan daya tarikan yang terdapat pada individu yang terkenal dan popular. |
emotional appeal | pemikat perasaan | Komunikasi | Korporat | Usaha mendapatkan perhatian khalayak terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang dipromosikan dengan menggunakan pendekatan perasaan. Pendekatan perasaan dalam iklan diwujudkan dalam bentuk penulisan, pertuturan, lakonan, pemilihan warna, ruang, muzik, dan masa. Dalam bentuk penulisan, pemilihan kata-kata dan gaya penulisan perlu dilakukan secara kreatif. Dalam pertuturan dan lakonan, intonasi dan aspek komunikasi bukan lisan boleh mewujudkan kesan perasaan. Sementara itu, warna, ruang, muzik, dan masa yang dipilih untuk mengiringi sesuatu iklan boleh menguasai perasaan khalayak sekiranya bersesuaian dengan keperluan sesuatu iklan. Penggunaan pendekatan pemikat perasaan dalam iklan ialah amalan biasa kerana perasaan merupakan salah satu unsur utama dalam menentukan keputusan. Unsur perasaan boleh wujud dalam bentuk positif dan negatif. Contoh unsur perasaan positif ialah kasih sayang, rindu, simpati, empati, kasihan, seronok, bangga, dan gembira. Selain itu, suasana senja, hujan, matahari naik atau turun |